Isnin, 4 Mei 2009

Pusat Latihan dan Resort Kalumpang (KRTC)

Kesatuan sekerja opis aku ingin mengadakan satu masyuarat sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan pada yang sama, bersantai sambil merasai kedinginan air sungai jernih yang tidak tercemar mengalir melalui bongkah batu. Oleh itu pada hari Jumaat yang lepas, penulis bersama Naib Presiden Kesatuan iaitu Tuan Haji Azman Kamis dan Setiausahanya iaitu en. Yusuf melawat dan menempah beberapa buah chalet dan dewan masyuarat di Pusat Latihan dan Resort Kalumpang (KRTC) di Kampung Pasir Putih, Kelumpang, Selangor. Secara kebetulan juga pengarah urusan resort ini adalah anak saudara kepada abang ipar penulis.


Perjalanan ke KRTC melalui perkampungan dan jalan kebun 


Tuan Haji Azman berbincang dengan petugas KRTC

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 45 minit dan dari Ipoh, perjalanan hanya satu jam setengah melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Gunakan susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim menuju ke Kuala Kubu Bharu. Jarak di antara plaza tol ke KRTC hanya tujuh kilometer dan pengunjung dikenakan sebanyak RM5.

Dikelilingi Taman Warisan dan kaki Bukit Kubah, tentunya satu kelebihan kepada KRTC sebagai salah satu destinasi pelancungan di negeri ini.


Penulis di pintu masuk KRTC

Pelan Lokasi KRTC

Perjalanan ke KRTC akan melalui kawasan perkampungan dan jalan kebun yang berturap yang turut diserikan dengan kewujudan banyak bongkah batu semula jadi di kawasan kebun milik penduduk di situ.

Bongkah batu itu cukup memberi gambaran awal KRTC yang mula menjadi tumpuan orang ramai itu mempunyai daya tarikan tersendiri.


Chalet Kabin 


Tuan Haji Azman dan Tok Ciakz sedang meninjau lokasi resort ini

Sungai Inki yang mengalir di tengah resort berkenaan adalah tarikan utama di KRTC kerana ia menjanjikan panorama menarik untuk diteroka sepanjang berada di situ.

Air sungai jernih tanpa dicemari itu mengalir dan lereng Bukit Kubah dan bertakung di kawasan jeram batu membentuk takat, membolehkan pengunjung merasai kesejukan serta kedinginannya.


Sungai Inki menjadi tarikan KRTC


Bongkah batu sudah cukup memberi gambaran bahawa KRTC menjadi tumpuan orang ramai

Resort yang berkonsepkan pelancungan agro itu dipenuhi pokok buah-buahan tempatan dan pokok hutan berusia ratusan tahun serta dikelilingi kenidahan flora dan fauna menimbulkan suasana damai. Ia kini menjadi pilihan pencinta alam untuk meneroka rahsia di sebalik kenidahan KRTC.

Jika mahu bermalam, pengunjung boleh menginap di chalet Cenderawasih di atas bukit. Dari situ, pengunjung boleh merasai keindahan alam semula jadi sebenar dengan melihan keindahan kawasan sekeliling.


Tapak perkhemahan disediakan di KRTC


Tok Ciakz bergambar kenangan di salah satu lanskap menarik KRTC

Selain pelancung, KRTC menjadi pilihan jabatan kerajaan dan swasta menganjurkan krusus., seminar dan hari keluarga sambil bersantai menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh cuba aktiviti merentas hutan atau cabaran pacuan empat roda.

Pengarah Urusan KRTC Hasni Mohd Khir berkata, KRTC yang berkeluasan 2.5 hektar itu adalah tapak dusun durian. Jika bernasib baik, pengunjung boleh merasai keenakan buah durian secara percuma di kawasan chalet itu.


Pemandangan menarik di KRTC


Tuan Haji Azman Kamis berbincang sesuatu dengan Pengarah Urusan KRTC

“Lanskap yang mengunakan pokok buah-buahan tempatan serta mengekalkan pokok hutan itu membuatkan anda berasa seperti berada di kawasan hutan sebenar. Melalui laman web KRTC juga menyebabkan resort ini mula dikenali sehingga di peringkat antarabangsa,” katanya.


KRTC menjadi tumpuan murid-murid di musim percutian sekolah.


Salah satu chalet menari di KRTC

Kadar sewa di situ adalah di antara RM135 hingga RM230 semalam dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di KRTC seperti rumah wakaf, tapak perkhemahan, dewan, surau, berbeku, restoran dan sebagainya bagi memberi keselesaan pengunjung.


Surau yang agak selesa di KRTC


Antara chalet VIP di KRTC

Selain itu. pembinaan KRTC juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi di kawasan itu dan membuka peluang pekerjaan serta menjadikan ia satu pusat latihan institusi tempatan


Perbincangan Tuan Haji Azman dengan pekerja chalet

Pintu masuk ke KRTC

Insyaallah jika tiada apa-apa masalah dan rintangan, Kesatuan Sekerja opis aku akan bermasyuarat dan berbengkel di resort ini tidak lama lagi.

2 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Bro.,
mcm besttt ekk!

Cikgooden berkata...

lawa tempat nih....di Batu Kurau, taiping juga ada satu Chalet macam nih....try la pegi..