Jumaat, 26 Februari 2010

Pecah Rumah!

ermm... malapetaka menimpa penulis.

rumah kami dipecah masuk pagi tadi (2am-4am) semasa kami sedang tidur nyeyak, habis satu rumah kena geledah. Pencuri masuk melalui pintu dapur yang dikopak.

Handpone LG penulis yang terletak di atas kepalapun kena ambil dan yang terkejutnya, kami boleh tidak sedar langsung.

Selalunya barang kecil-kecil yang hilang and probably they’re looking for cash sbb purse wife ade tp content nya sudah kosong, nasib baik kad pengenalan, passport dan dukumen penting dia orang tidak rembat sekali.

Cuma yang sedih, jam tangan kesayangan penulis diorang rembat. aarghhh! kami masih lagi bernasib baik, lain-lain equipment penulis dia orang tidak ambil seperti Mac Notebook. Manakala kamera DLSR penulis pula tersimpan di pejabat, alhamdulilah selamat...

Tapi apa-apa hal pun, syukur alhamdulillah... penulis, isteri & anak semua selamat, itu yang lagi penting.

3 ulasan:

Idris Talu berkata...

Kesian betul membaca musibah yang menimpa En. Zul sekeluarga. Kita tidak tahu malah tidak pernah terfikir perkara sebegini boleh berlaku ke atas kita.

Walau bagaimana pun, kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana En. Zul sekeluarga selamat.

Semoga En. Zul sekeluarga dapat bersabar dalam menempuh ujian dari Allah Ta'ala ini.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Inalillah,
Musibah itu sedekah Tuhan dengan kurnia kebaikan, dengan syarat jangan mencarut atau melalut. Syy..! Tuhan tengah kurniakan rezeki yang berganda tu.

-

Saje nak tanya, pintu belakang tak pasang gril ke?

ZulDeanz berkata...

Ada gril cuma tak di mangga ajer