Hari Sabtu lalu, penulis berbelah bagi sama ada hendak menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala FA atau menghadiri majlis makan malam di hotel. Akhirnya, penulis mengambil keputusan menghadiri Majlis Makan Malam Amal bersama Rhona Bennett yang berlangsung di Grand Lagoon Ballroom anjuran A Lejadi Groups C.S.R. Di bawah beberapa foto yang sempat penulis rakamkan:
Pemandangan Sunway Resort Hotel SPA pada malam hari.
Sajian yang disediakan oleh pihak hotel sangat menyelerakan sehingga berjaya dihabiskan oleh penulis dan rakan-rakan. Terima kasih daun keladi kepada rakan penulis iaitu Puan Yusnita kerana memberi teket percuma kepada kami. Harga teket, rm280 seorang. Agak mahal juga. Tetapi, "Bos belanja" kata Puan Yusnita.
Selain disajikan makanan yang enak, penulis juga terhibur kerana menyaksikan persembahan live dari ratu R&B USA iaitu Rhona Bennett.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan