Setelah selesai berbengkel buku teks, Insya Allah penulis bercadang akan membawa keluarga berkelah di pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia iaitu di Tiara Beach Resort Port Dickson untuk mencari kelainan dan memberi kepuasan maksima semasa bercuti pada cuti umum nanti.
Tempat mendaftar masuk.
Semasa penulis menginap di resort ini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain bola tampar pantai, karaoke dan meluncur di relung tiub bersama keluarga. Dengan kemudahan seperti jakuzi, kedai serbaneka dan cenderahati, restoran dan ciri keselamatan yang ditawarkan oleh pihak resort dapat memberi keselesaan kepada pengunjung
Penulis dapati, kolam yang direka amat sesuai untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan air terjun, papan gelongsor dan buaian yang memberi keunikan tersendiri di Tiara Beach Resort.
Pada sebelah malamnya, para pengunjung akan terhibur dengan hiburan yang disediakan oleh pihak resort. Paling dinantikan oleh para pengunjung pada sebelah malam sudah pastinya segmen ‘Staff Talent Comedy Show’ yang membuatkan para pengunjung ketawa dan seronok melihat aksi-aksi komedi yang begitu menghiburkan.
Sekurang-kurangnya tempat sebegini dapat memberi kesegaran minda dan memberi nilai-nilai harmoni dalam kekeluargaan.
1 ulasan:
Cantik belaka foto Tiara Beach Resort... teringat pula cuti di sana sblm ni :)
Catat Ulasan