Pasaraya Mydin kini sudah berada di Ampang Tasek!. Yeaha... jangan tidak percaya pula.
Bunting ini di hadapan rumah penulis.
Pasaraya ini dibuka pada 1 Jun yang lalu. Yang best, lokasinya berhampiran dengan kediaman penulis. Hanya di seberang jalan sahaja. Kini, tidak perlu lagi ke Jalan Masjid India untuk membeli belah di pasaraya Mydin. Hanya berjalan kaki sahaja sudah sudah sampai!
Hehehe... Sebenarnya bukan Pasaraya Mydin, tetapi MyMydin. Kali pertama penulis dengar pasaraya ini. Mungkin pasaraya ini anak syarikat Mydin. Tetapi apa yang penting sekali, barangannya banyak pilihan dan agak murah.
Barangannya banyak pilihan dan agak murah.
Walaubagaimanapun Pasaraya MyMydin ini sangat memudahkan penulis. Sehingga, setiap kali pulang dari kerja, penulis pasti singgah ke pasaraya ini. Jika tidak membeli barang keperluan pun, pasti kena "pow" dengan anak dara penulis. Macam-macam barang dia nak beli. Sebelum ini di Carrefour Express, sekarang di Mydin pula....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan