Isnin, 25 Jun 2012

Menonton Telenovela Filipina

Dahulu kita sanggup membeli VCD sebab hendak menonton telenovela Filipina yang berjudul Pangako Sa Yo dan Sanay Wala Nang Wakas. Pada masa itu penulis sangat meminati pelakon wanitanya yang jelita iaitu Kristine Hermosa, apa lagi penulispun layanlah cerita sedih ini. Isteri penulis juga turut menonton telenovela Pangako Sa Yo ini. Siap menangis bersama lagi.. hahaha..

Kristine Harmosa dan Jerrricho Rosales. Foto Internet
Gandingan pelakon Jerricho Rosales dan Kristine Hermosa memang serasi dan menjadi. Dahulu mereka pernah digossipkan, sebagai real couple. Tetapi kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing. Khabarnya Jerricho Rosales sudah mempunyai pasangan baharu dan Kristine Hermosa pula telahpun berumah tangga dengan pelakon Oyo Boy Sotto dan mempunyai seorang cahaya mata.

Para pelakon Destined Hearts - Foto Internet
Kini, telenovela lakonan pasangan ini yang bertajuk Dahil May Isang Ikaw (Destined Hearts) sedang di tayangkan di Astro Bella saluran 133. Sesiapa yang melanggan channel Mustika dapatlah menonton telenovela ini setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 3.00 petang. Manakala siaran ulangannya pula pada pada jam 8.00 malam dan 12.00 malam. Penulis tahu masa siaran ini kerana sedang follow telenovela ini setiap hari. Cerita ini memang sedih, suspen dan sangat menghiburkan

Dahil May Isang Ikaw - Foto Internet
Dahulu mereka pernah berlakon dalam telenovela yang bertajuk Sanay Wala Nang Wakas. Pada masa itu, pasangan pelakon Jerricho Rosales dan Kristine Hermosa ini menjadi kegilaan.

Salah satu babak Telenovela.
Setelah hampir lima tahun mereka tidak digandingkan di mana-mana telenovela, sekarang mereka digandingkan semula di dalam telenovela Destined Hearts. Seperti telenovela yang terdahulu, gandingan mereka ini sangat serasi dan sepadan..

Aksi pelakon Kristine Hermosa.
Penulis sangat rindukan untuk menyaksikan keagungan cinta sejati mereka seperti di dalam telenovela Pangako Sa Yo dan Sanay Wala Nang Wakas. Jadi, telenovela Destined Hearts ini menjadi pengubat rindu setelah sekian lama tidak menonton lakonan cinta sejati mereka. Cerita telenovela Destined Hearts ini mengesahkan Ella dan Miguel telah diambil untuk dijadikan anak angkat kepada keluarga yang berada. Mereka akhirnya bertemu dan jatuh cinta antara satu sama lain. Bermacam-macam halangan yang mereka hadapi setelah berjumpa semula.

Penulis terpaksa menonton telenovela ini sehingga episod terakhir untuk mengatahui kesudahan cinta mereka.

Tiada ulasan: