Jumaat, 1 Jun 2012

Hati-hati Taktik Baru di Stesen Minyak

HATI-HATI..... taktik baru (di copy paste dari FaceBook kawan aku)

Bingung apabila memikirkan kejadian petang tadi. Kejadian berlaku di stesen minyak Shell di sebelah pasaraya Carrefour Wangsa Maju. Selepas screen petrol pam kata boleh cabut kad kredit, aku pun dengan semangatnya mengisi minyak ke tank kereta aku yang menunggu masa sahaja hendak kering. Tup-tup ada sebuah kereta Persona berwarna merah berhenti di pam sebelah, maka keluarlah seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60an. Aku tidak kisah sangat, sebab sudah tentulah hendak mengisi minyak kenderaan seperti aku.

Hati-hati ketika mengisi minyak kenderaan

Alih-alih dia datang dekat aku yang masa itu meter baru sahaja hendak mencecah RM3.00++. Baharu sahaja aku hendak memasukkan muncung nozzle, dia bagi salam. Akupun jawab salam dia, dia tanya boleh mintak tolong? Aku jawab "tolong apa pakcik".. 

Dia pergi ke kereta dia balik dan membawa sebuah botol plastik yang biasa orang isi minyak petrol. Tetapi botol itu kosong. Dengan muka selamba, dia kata "Pakcik nak pergi tempat ini. Nih, tolong isikan minyak ke dalam botol ini" Aku sudah start jadi bingung. Tetapi aku pikir mungkin dia sedang ketiadaan duit atau terlupa membawa duit, aku pun isikan minyak 1/4 ke dalam botol itu.

Sebagai bantuan kecemasan kepada pakcik tu, dia tengok aku sedang mengisi  banyak dan dia boleh kata "isi penuh lah, pakcik hendak ke sana, hendak patah balik nanti mana ada minyak" Aaiikkk... apa pening orang tua ini. Tapi aku ini malas hendak cari pasal atau aku sememangnya baik hati?. Tetapi aku rasa,  aku sudah "terkena". Tidak mengapalah, isi punya isi, meter sudah mencecah ke RM30, haisshhh... ini tidak boleh jadi, dia pula boleh buat relax tunggu di keretanya.

Aku panggil balik dia, "Pak cik, ambik botol pakcik nih. Sudah hendak penuh ni.." Dia intai, dia kata "jika penuh boleh nampak sukatan kat tepi nih". Sudah lebih ini orang tua. Aku jawab "hendak penuh sudah ni.. nanti melimpah keluar, nanti bahaya". Dia pun tutup botol minyak itu dan pergi begitu sahaja. 

Aku perhatikan dia, tadi dia kata, minyak hendak habis, tetapi relax sahaja dia simpan minyak sebotol yang dia pau dekat aku di belakang kereta dia. Hangin nya aku, kalau tidak, sudah tentulah RM100 itu boleh penuh tank, tetapi tidak sangka pula aku terkena pau dengan orang tua itu.. pui!!

Pada mereka yang biasa mengisi minyak di situ, berhati-hati lah, jika betul dia terdesak, sudah tentu dia berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menolong dia di saat memerlukan. Tetapi aku tidak rasa macam itu. Mungkin botol kosong itu memang sentiasa ada di belakang kereta dia. Kemungkinan besar juga dia buat dengan kaum wanita sahaja, sebab tidak ramai kaum wanita yang suka bertekak di tengah-tengah orang ramai, contohnya macam aku juga. Pada hal tadi, punya ramai lelaki yang isi minyak, tetapi dekat aku yang dia tuju...

Sampai sekarang aku masih kebingungan.. Nurul Ali, lepas ini kalau jadi lagi kita bagi huru hara...

Tiada ulasan: