Rabu, 16 Mei 2012

Sate Kambing Selera Jawa

Entah kenapa sejak kebelakangan ini penulis asyik bercerita tentang makanan sahaja. Nanti pembaca ingat sudah jadi blog makanan pula. Bukan tiada aktiviti lain, hampir setiap minggu penulis menonton wayang di pawagam. Entahlah, mungkin penulis hanya pandai menonton tetapi tidak pandai hendak mengulas filem he... he....

Suasana Gerai Sate Kambing Selera Jawa.
Hari minggu lalu, ketika pulang dari menonton wayang di MBO Ampang, hujan turun dengan lebatnya di Kampung Pandan. Penulis pun berteduh di salah sebuah gerai makan Indonesia. Ketika berada di gerai ini, seolah-olah berada di Kota Jakarta, Indonesia pula. Suasana persekitaran, pertuturan dan rupa paras pelanggan di gerai ini lebih kurang sahaja di sebuah lorong di Kotaraya Jakarta. Lagipun kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Indonesia yang berkerja di negara kita.

Sate Kambing Selera Jawa.
Oleh kerana hujan turun dengan lebat dan tiada tanda-tanda hendak berhenti, perut penulis menjadi lapar. Penulis perhatikan setiap pelanggan begitu asyik menikmati Sate Kambing. Penulis dapati gerai ini menediakan Sate Kambing selera Jawa sebagai menu utamanya. Sebagai seorang yang selalu melawat ke negara asing, penulis tidak begitu cerewet dalam memilih sebarang makanan, walaupun pemilik gerai dan tukang masaknya berbangsa asing, janji masakannya bersih, sedap dan halal.

Membakar Sate.
Tanpa berfikir panjang, penulis pun memesan lima cucuk sate kambing. Penulis tidak order banyak, takut darah naik nanti. Sate Kambing Selera Jawa ini tidak sama dengan sate kita. Dagingnya agak besar dan sosnya seperti sambal kicap yang ditabur dengan tomato dan bawang besar mentah yang telah dihiris nipis. Sos sate ini, mak ai.....podeh sei, satu cucuk RM0.80 sen sahaja. Pada mulanya, penulis ingat makan sate kambing ini dengan sosnya sahaja. Rupa-rupanya makan Sate Kambing ini bertambah enak dengan nasi putih.

Sate Kambing bertambah enak makan bersama nasi putih.
Jika anda lalu berhampiran lebuhraya MRR2, kawasan Ampang, boleh singgah makan di gerai ini terutama jika mereka yang baru pulang dari membeli belah di pasaraya Tesco Ampang. Gerai ini terletak berhampiran dengan lebuhraya MRR2. Anda hanya perlu masuk ke susur Kampang Pandan. Gerainya tidak jauh dari lampu isyarat.

Pekerja sedang membakar sate.

Enak dan menyelerakan.
Insyallah anda pasti akan berpuas hati jika makan sate gerai ini. Selamat mencuba...

Tiada ulasan: