Rabu, 9 Mei 2012

Roti Canai D'Bukit

Minggu lepas, hampir setiap hari penulis bersarapan pagi dengan roti canai paling terkenal di Bandar Baru Bangi. Ini kali pertama penulis pergi ke restoran D’Bukit selepas beberapa kali ternampak banyak kereta parking hingga limpah ke bahu jalan. Dengan bantuan google, penulis cuba siasat apa punca banyak kereta parking di sana. Nah, akhirnya penulis terjumpa roti canai paling sedap yang menjadi punca utamanya.

Restoran D'Bukit yang terletak di atas bukit.
Restoran D'Bukit.
Siapa tidak suka dengan roti canai kan? Kali ini penulis hendak bercerita mengenai roti canai telur di Sekyen 10, Bandar Baru Bangi. For me ianya cukup sedap. Memang gebu, lembut dan rangup. Ianya ditepuk dan “dikerat” kecil-kecil. Apabila di makan panas-panas dan dicecah dengan kuah kari, memang cukup menyelerakan.

Setiap pagi restoran ini dipenuhi pengunjung.
Nasi lemak kerang.
Pelbagai jenis kuah dan sos ada. Paling istimewa ialah kuah kari daging dan kambing. Kalau ikutkan rating ianya pada 8.4 out of 10. Memang sesiapa yang berada di Bandar Baru Bangi ataupun melalui kawasan ini, patut cuba roti canai di tempat ini. Ianya salah satu restoran yang menyajikan roti canai yang sedap.

Soto ayam.
Pekerja sedang menebar roti canai.
Selain roti canai, restoran ini juga menyediakan pelbagai menu seperti mee jawa, soto dan nasi lemak. Tetapi, penulis rasa menu roti canai menjadi tumpuan utama pelanggan. Tidak adil, jika hendak dikatakan roti canai di sini sangat sedap. Tetapi, ketika penulis tiba di restoran ini, tempat duduk dipenuhi dengan pelanggan dan kami terpaksa menunggu pula. Dengan jumlah pengunjung yang datang yang tidak putus-putus dan boleh di katakan sedaplah juga.

Roti canai yang diminati ramai.
Kuah kari daging yang kaw.
Jika sesiapa yang hendak membeli belah dan berurusan di Bandar Baru Bangi jangan lupa singgahlah ke restoran D'Bukit ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal. Hari Isnin jangan pergi sebab kedai tutup.

Tiada ulasan: