Isnin, 14 Mei 2012

Mari Pekena Nasi Arab Bangi

Restoran D’Arab Cafe terletak di belakang Hospital Az-Zahrah, Sekyen 9, Bandar Baru Bangi. Jika tidak jumpa boleh bertanya dengan pekerja di hospital tersebut. Hari Jumaat yang lalu, penulis sempat berkunjung ke restoran ini setelah di syorkan oleh salah seorang rakan sepejabat yang tinggal berhampiran dengan Bandar Baru Bangi. 

Apabila sampai, penulis terus masuk ke dalam dan duduk di kawasan berhawa dingin sebab cuaca terlalu panas di luar. Apabila masuk ke dalam restoran, kita akan disambut oleh pelayan dengan senyuman dan selepas dipersilakan duduk, pelayan akan segera menghulurkan menu.

Restoran Arabic Food D'Arab Cafe, Bandar Baru Bangi.

Chiken Kabsah.
Penulis sangat puas hati kerana servis nya yang cepat, kita tidak perlu menunggu lama. Tidak sampai 5 minit, makanan yang di pesan sudahpun tiba. Apabila di layan sebegitu, tentunya pelanggan berpuas hati dan mungkin akan datang lagi. Di sini ada pelbagai menu makanan stail arab, jika kita datang bersama keluarga, ianya lebih baik kerana ada set yang lebih murah harganya. Pada masa itu, penulis hanya memesan menu Chiken Kabsah yang berharga RM13.00 sahaja. Ada juga nasi mandy kambing yang berharga RM17.00. Nasi mandy ini agak banyak, boleh berkongsi berdua.

Sup dan sos.

Suasana restoran.
Di sediakan juga sup yang sedap stail tempatan (elok juga ada sebab penulis makan mesti ada kuah) dan sos tomato yang menggunakan tomato segar yang di lecek bersama bahan lain. Beras yang digunakan memang beras basmathi dan sebab itu nasi arab ini begitu istimewa. Jadi berbaloilah makan di restoran ini. Penulis pernah makan nasi arab yang mahal tetapi beras yang digunakan hanyalah beras biasa, tidak berbaloi rasanya dengan harga yang di tawarkan.

Sungguh mengiurkan.

Minuman botol arab.
Harga yang di tawarkan mungkin agak mahal sedikit dan rasa makanan arabnya lebih kurang  sama dengan mana-mana restoran nasi arab popular yang penulis pernah makan di sekitar Lembah Kelang. Walaupun pemilik, pekerja dan tukang masaknya adalah orang tempatan, namun masih mengekalkan keasliannya dengan citarasa masyarakat tempatan.

Habis licin.

Pelbagai menu disediakan.
Jika anda lalu berhampiran kawasan Bandar Baru Bangi, boleh singgah makan di restoran D’Arab Cafe terutama jika mereka yang baru pulang dari selatan dan utara tanah air. Retoran ini terletak berhampiran dengan lebuhraya Utara-Selatan. Anda hanya perlu masuk susur tol Bangi atau tol Kajang. Insyallah anda akan berpuas hati jika makan di restoran ini.

Tiada ulasan: