Selasa, 13 Januari 2009

Kekecohan Pilihan raya di Marang, Terengganu


Pada pagi Pilihan Raya Umum yang lalu, kami bertiga ke Sekolah Kebangsaan Marang untuk mengambil gambar foto Tuan Guru Haji Hadi Awang sedang membuang undi. Namun nasib kami agak malang kerana Tuan Guru, pagi-pagi lagi telah membuang undi. Menurut petugas SPR, kami hanya terlewat lebih kurang setengah jam sahaja. 

Oleh kerana Tuan Guru telahpun pulang, kami hanya mengambil gambar suasana pilihan raya sahaja. Sedang kami asyik melihat gelagat penduduk-penduduk Marang keluar mengundi, suasana menjadi kecoh apabila dua bas persiaran yang nombor pendaftarannya dari Lembah Kelang cuba memasuki ke simpang jalan ke Sekolah Kebangsaan Marang. Apabila kedua-dua bas ditahan, kad pengenalan penumpang bas berkenaan telah diambil, bagi tujuan semakan daftar pemilih di Peti Undi Rusila, Marang. 

Kami dimaklumkan, pengesahan telah dibuat dan membuktikan bahawa penumpang kedua-dua buah bas tersebut merupakan ‘pengundi-pengundi hantu’ dari pelatih jururawat berasal dari Selangor, Perak dan Sabah.

Polis Pencegah Rusuhan(FRU) yang menerima maklumat berhubung kes tersebut berkejar ke tempat kejadian dengan dilengkapi kenderaan ‘meriam’ pancutan air asid, cota, belantan dan pakaian lengkap pencegah rusuhan, meminta penduduk terbabit menyerahkan kembali sejumlah 58 keping kad pengenalan yang diambil itu.

Untuk menteramkan situasi, Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi telah tampil bagi membantu pihak polis mendapatkan kembali kad-kad pengenalan tersebut. Untuk siasatan lajut, uztaz Muhamad Khalil ditahan dan dibawa ke balai polis.

Melihat Ustaz Abdul Khalil ditahan, insiden spontan yang berlaku pantas telah membangkitkan kemarahan anak-anak muda dan penduduk setempat. Mereka bertindak balas menghalang polis dari menahan Ustaz Abdul Khalil serta terpaksa ‘bertempur’ dengan pihak polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), demi mempertahankan Ustaz Khalil.

Dalam kelam kabut kejadian tersebut anggota FRU sekali lagi melepaskan tembakan lebih 20 das bom asap (pemedih mata) ditembak bagi menyurai kumpulan yang hanya dianggotai oleh orang-orang kampung. Salah satu tembakannya menjangkaui sehingga hampir dengan masjid Rusila.

Ustaz Abdul Khalil yang ditahan dan berada di dalam kenderaan pacuan empat roda polis tercedera di kepala akibat terkena serpihan kaca dan batu. Beliau dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Keadaan kembali tenang apabilan azan Zohor berkumandang dari masjid Rusila. Kamipun kembali ke Kuala Terengganu untuk makan tengahari di sebuah restoran di Pasar Payang.

Peristiwa rusuhan di Marang tadi merupakan satu kenangan manis yang yang tidak dapat dilupakan penulis hingga kehari ini.

5 ulasan:

mie3425 berkata...

Hari mengundi pada 17 Jan 2009 anda pergi ke Terengganu ker... Tolong tukar nick saya Suhaimi Banjar kepada Suhaimi Kulaan. TQ

Sitie BUm BUm berkata...

ganas tol

ZulDeanz berkata...

Hahhahah... ok Bro Suhaimi, aku dah tukar!!

K-ReXz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
K-ReXz berkata...

alamak kat masjid rusila ker..dekat tu dgn umah mak mertua aku. kalau aku ada mesti aku pun join sekali. join makan dengan kowanglah kat pasar payang tu...