Rabu, 9 September 2009

Dah Mood Raya...

Kad hari raya penulis tahun ini.

Nampaknya hanya tinggal tidak sampai dua minggu lagi kita untuk sampai ke bulan Syawal. Dalam keadaan negara yang aman makmur ini, sudah semestinya ramai akan merayakannya dengan penuh gembira. 

Bermula hari ini penulis akan cuba menghantar seberapa mampu kad raya kepada saudara mara dan rakan-rakan. Buat permulaan penulis akan menghantar kepada rakan yang berjauhan sebelum rakan di depan mata.

Okay... berkenaan dengan mood raya, mesti banyak lagu raya yang telah mula berkumandang di corong radio mahupun di speaker pc masing-masing. Di pejabat penulis, lagu mp3 raya dan ringtone telah mula kedengaran. Amat meriah sekali suasananya. Nampaknya sudah tidak sabar-sabar lagi mereka hendak beraya sakan. Mereka masih kelihatan ceria walaupun tahun ini majikan tidak memberi sebarang bonus hari raya hek...hek...

Hmm.. diantara lagu raya yang sering berkumandang seperti lagu Selamat Hari Raya (Saloma), Dendang Perantau (P Ramlee) dan lain-lain lagi. Apa lagu kesukaan anda ketika dalam keadaan menantikan ketibaan Syawal ini?.  Penulis paling minat dengan lagu ‘Suatu Di Hari Raya (M Nasir)’.

Tiada ulasan: