Isnin, 10 Mac 2014

Pekena Sate Keramat

Kali ini, penulis hendak berkongsi pengalaman merasai sate milik Zainah Ismail yang terletak di Kampung Datuk Keramat. Gerai ini berdekatan dengan LRT Damai dan Keramat Mall. Gerainya sebenarnya sempoi sahaja, gerainya berada di halaman rumah.
Gerai Zainah Ismail bersebelahan dengan Keramat Mall.
Gerai Zainal Ismail di Keramat.
Jika di lihat dari jauh, apabila sudah masuk lorong, anda boleh nampak asap-asap sate yang dibakar itu. Aromanya satenya sahaja sudah membangkitkan selera pelanggan yang lalu lalang di lorong tersebut. Namun, gerai sate Zainah Ismail ini jadual perniagaannya tidak menentu. Kadang-kadang gerainya dibuka dan kadang-kadang gerainya ditutup. Pernah sekali sekala penulis datang hendak makan sate, tetapi malangnya gerainya ditutup.
Sate yang sedang di bakar.
Pekerja sedang mengipas sate.
Minggu lepas sempatlah singgah di gerai Sate Zainah Ismail, Dato’ Keramat. Lokasinya tidak jauh dari stesen minyak Petron, Keramat Mall dan Stesen LRT Damai. Entah kenapa isteri penulis secara tiba-tiba teringin sangat hendak makan sate, jadi teringat penulis pula sate yang sedap di Dato’ Keramat, apa lagi terus lah penulis terjah ke sana. Alhamdulillah rezeki kami, gerai sate ini dibuka pada hari tersebut....
Sate Zainah Ismail yang besar dan gebu. 
Sate daging dan sate ayam.
Satenya sememangnya lazat!. Sate daging memang well marinated, penuh berempah, isinya lembut, lemak dan sangat lazat. Namun sate ayamnya tidak sesedap daging lembunya, tetapi kedua-duanya tetap terbaik. Kedua-duanya diperap cukup lama sehingga isinya menyerap rempahnya.
Satu dan kuah kacang.
Disertakan timun, bawang dan nasi impit.
Bagi penulis, so far, they have the best beef sate in Kuala Lumpur. Cumanya, kuah kacangnya sahaja yang terlalu cair untuk penulis, tetapi ada kemungkinan untuk membangkitkan lebih rasa kepada satenya juga. Namun, inilah sate yang sedap dan antara yang terbaik yang pernah penulis rasa di Kuala Lumpur setakat ini.
Sate yang sedap.
Pekerja sedang membakar sate.
Memang tidak jemu makan sate di sini kerana dagingnya yang lembut, lemak, berempah dan besar. Tetapi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate Daging RM1.00, Sate Ayam RM1.00, Sate Hati Ayam RM1.00 dan Sate Perut Babat RM1.00. Tetapi jika sudah pekena sate di sini  sure tolak ketepi lah sate-sate yang lain.... hehehe...
Senarai harga sate Zainah Ismail.
Ramai pelanggan sedang menunggu tempahan sate.
Ok, silalah pergi mencuba sate di gerai Zainah Ismail ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... hehe

Khamis, 6 Mac 2014

Pes Mee Bandung Muar Segera!

Sekarang musim orang tidak berapa sihat. Ini mungkin disebabkan musim kemarau, cuaca yang panas dan berjerebu. Oleh itu, kita kenalah berhati-hati di dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kita kena banyak minum air masak atau air mineral. Jika, sudah terkena penyakit, agak sukar untuk pulih dengan segera. Agak lama juga penyakit ini hendak pulih. Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.
Ubat batuk dan demam.
Mungkin ada di kalangan sahabat kita yang antibodinya kuat. Hanya dengan menelan sebiji ubat, dia sudah pulih sepenuhnya. Tetapi, kesakitan sebenarnya adalah sebahagian dari kifarah dosa Allah hendak mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kita. Oleh itu, kita hendaklah bersabar apabila di uji dengan sedikit ujian dari Allah. Peringatan ini untuk diri penulis sendiri supaya sentiasa bersabar apabila di beri ujian oleh Allah.
Musim demam.
Sebenarnya penulis hendak berkongsi resepi segera yang mengunakan perencah Pes Mee Bandung Muar Pak Ngah. Mee Bandung ini dimasak oleh isteri penulis menggunakan Perencah Pes Mee Bandung Segera berjenama Pak Ngah.
Pes Mee Bandung Muar.
Memang ada pelbagai jenis perencah mee bandung segera dalam pek mudah bawa yang dipasarkan sekarang. Namun tidak semuanya sedap dan asli rasanya. Tetapi apabila isteri penulis mencuba perencah Mee Bandung Pak Ngah ini, alhamdulillah memang sedap dan tidak mengecewakan. Malahan lebih sedap daripada yang dibeli di restoran yang menyajikan Mee Bandung Muar di dalam menu mereka yang pernah penuls cuba.
Cara memasak Mee Bandung Segera di belakang kotak.
Sememangnya isteri penulis gemar mengunakan Pes Perencah Mee Bandung Muar Pak Ngah kerana rasanya yang sedap dan rencahnya menepati citarasa kami sekeluarga. Mee bandung ini sangat enak kerana terasa udang keringnya. Tidak mahu bercerita lebih panjang, penulis akan tuliskan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mee bandung segera ini.
Mee kuning.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 8-10 orang) 
  • 1 pek pes Mee Bandung Muar 
  • 2 peket mee kuning dicelur dan toskan 
  • 100 gm sawi hijau- dipotong 1 inci panjang 
  • 50 gm udang 
  • 50 gm daging- hiris nipis dan rebus empuk 
  • 5 biji telur 
  • sayuran lain ikut citarasa seperti bunga kobis, jagung muda dan karot 
  • bawang goreng dan limau nipis untuk dihidang bersama mee

Mee Bandung Muar siap untuk dimakan.
Cara:
  1.  Didihkan 1.2 liter air di dalam periuk. Masukkan daging + 1/2 cawan air rebusan, sayuran dan udang. 
  2. Apabila mendidih masukkan telur sebiji, demi sebiji. Jangan biar kuningnya pecah. Apabila telur nampak masak (ada juga yang suka telur separa masak) padamkan api. 
  3. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mee. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau kasturi. Sedia dinikmati.. 
 Selamat mencuba..

Rabu, 5 Mac 2014

Makan di Cafe DBP

Semenjak bertugas di tingkat 8, Menara DBP, penulis jarang sekali makan di luar. Kini, penulis dan rakan-rakan hanya makan di Cafe DBP tingkat 5 di Menara DBP sahaja. Lagipun, kebanyakkan yang makan di Cafe DBP ini adalah kakitangan DBP yang malas hendak menapak/berjalan kaki ke warung atau restoran yang berhampiran, termasuklah kami huhuhuhuu.
Pintu masuk Cafe DBP.
Kini, Cafe DBP atau Restoran Rumah Thai yang berada di tingkat 5, Menara DBP ini lah yang menjadi tumpuan utama kami. Lagipun hanya Cafe ini sahaja yang menyediakan menu masakan ala kampung dan ala Thai yang paling hampir dengan pejabat dan kami hanya perlu mnggunakan lif sahaja ke cafe tersebut. 
Setiap hari ada menu istimewa.
Manakala menu yang biasa kami pesan sudah tentulah nasi campur, nasi goreng atau mee kari, laksa dan Mee Sup. Minuman sudah tentulah air kosong sahaja sebab penulis sudah tidak boleh minum manis lagi hahahha. Selain menyediakan menu masakan kampung, cafe ini juga menyediakan kueh mueh ala kampung seperti goreng pisang panas, goreng keledek, cengkodok pisang, karipap dan keropok lekor.
Antara menu yang ada.
Penulis dan rakan-rakan terpaksa makan tengahari lebih awal. Jika tidak, staff DBP, terutama yang wanita terlebih dahulu akan menghabiskan lauk pauk ini. Mereka turun rehat seawal jam 11.00 pagi dan membeli secara tapau/bungkus lauk pauk yang ada. Jika kami makan lewat tengahari, alamat lauk pauk nya tinggal sedikit sahaja. Lauk pauk yang ada sudah tidak banyak pilihan.
Kuanter pembayaran.
Jika kami makan awal, menu masakkannya memang istimewa. Pelbagai masakan ala kampung dan ala Thai ada. Lagipun pada masa kini memang susah hendak mencari masakan yang ada cita rasa asli dan mengingatkan kembali pada zaman kita di kampung. Dengan menu masakan kampung ini, Cafe DBP ini sentiasa ada pelangan terutama di waktu puncak.
Lauk pauk hari ini.
Tipulah, jika hendak dikatakan makanan di cafe ini sangat sedap. Tetapi, setiap kali kami tiba, memang ada pelanggan. Dengan jumlah pelanggan yang datang, boleh di katakan makanan di sini boleh lah tahan juga. Harganya pula memang berpatutan, tidak murah dan tidak mahal. Tetapi, selalunya kakak cafe tersebut memberi harga dengan potongan yang istimewa untuk kami.
Kueh mueh hari ini.
Jika anda sudah kenyang, anda boleh membeli belah di sebelah cafe tersebut. Setiap hari ada gerai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, minyak wangi, makanan ringan, makanan kesihatan dan bermacam-macam lagi. Yang penting, anda tidak perlu lagi ke pasaraya untuk membeli barangan seperti ini... hehehe...
Lepas makan, boleh shopping di sini.
Ok, silalah pergi mencuba di cafe DBP. Jika tidak sedap jangan marah penulis. Citara rasa kita adalah berbeza-beza..... hehe

Jumaat, 28 Februari 2014

Kertas Penyata ATM Bersepah...

Kisah mesin ATM kena rompak sudah menjadi berita besar masakini. Kejadian begitu biarlah diuruskan oleh bank dan polis. Harap-harap perompak janganlah buat lagi kerja-kerja sebegini kerana dengan tugasan anda yang merosakkan ATM akan menyusahkan orang lain. Mana tidaknya jikalau ada orang yang dalam kecemasan nak keluar duit mesin rosak kena rompak. Tambahan di pekan-pekan kecil.
Bank Simpanan Nasional.
Pagi tadi penulis ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur untuk mengeluarkan wang tunai. Semasa penulis sampai, ramai orang sedang berbaris menunggu giliran untuk mengeluarkan wang tunai mereka. Maklumlah pada masa ini musim orang menerima duit BR1M dan wang gaji bulanan.
Mesin ATM.
Apa yang penulis hendak catat kali ini ialah sikap orang-orang kita ketika mengeluarkan wang. Lihat saja kertas-kertas penyata ATM bersepah-sepah di sekitar mesin ATM. Bukankah pada mesin ATM akan membuat pertanyaan perlukah resit? Masalahnya apabila sudah tekan “Ya” resit keluar dan resit itu dibuang bersepah.
Kertas penyata bertaburan walaupun ada disediakan tong sampah.
Kita ada pilihan, kendak atau tidak. Jikalau resit hendak dibawa balik, tekan YA. Kalau tidak mahu tekan “Tidak”. Mentaliti orang kita memang suka membuat sampah! mari kita sama-sama berubah sikap.

Khamis, 20 Februari 2014

Hari Kelahiran Penulis

Alhamdulilah....tidak terasa hari ini genap sudah 45 tahun penulis, hidup di dunia ini.... meski kesempatan hidup ku di dunia berkurang lagi 1tahun, tapi penulis tetap bersyukur karena Allah SWT masih memberikan penulis kesempatan untuk berada di dunia ini bersama orang-orang yang penulis cintai. 

Hari ini banyak banget ucapan-ucapan yang penulis terima dari keluarga yang penulis kasihi. Meskipun cuma via SMS, facebook dan whats upp, penulis tetap bersyukur karana kakak, saudara mara dan teman-teman masih ingat dengan hari kelahiran penulis. 

Penulis memang tidak merayakan hari ulang tahun, tapi penulis senang sekali mendapatkan doa-doa yang baik. Semoga Allah SWT mengabulkan doa-doa mereka. Aminnnn
Rakan-rakan sepejabat meraihkan hari jadi penulis....
Ucapan ulang tahun dari Anak ku tersayang: 

Esok hari lahir ayah ika tau tau. Ika nak ucapkan “Selamat Hari Lahir Ayah” Mungkin ucapan ringkas dari seorang anak itu sudah cukup untuk menceriakan hari seorang bapa, kannnnnnnn ? Heeee...  

Kasihmu tiada tandingan , ketegasanmu mencorak kehidupan kami sekeluarga ayah , menjadikan kami insan yang berguna, pengorbananmu tak terbalas, penat lelahmu tak terbayar. Terima kasih ayah atas segala-gala nyee.... 

Akhir kata : 

Selamat Hari Lahir Ayah “Zul Deanz” 

Semoga Allah sentiasa memberkati hidup ayah di dunia dan akhirat. Semoga Ayah di kurniakan kehidupan yang baik dan bahagia berpanjangan. Semoga di kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta panjang umur. Insya’Allah... Aamiinn... Aamiinn 

Kalau doa penulis sendiri “ Ya Allah, terima kasih atas rahmat dan ridho dari Mu. Semoga dengan berkurangnya umur saya, saya tetap selalu berada di dekat Mu, selalu diberikan yang terbaik menurut Mu, semoga hamba bisa bermanfaat bagi kebaikan orang lain dan semoga doa-doa mereka Kau kabulkan....Amin......”

Jumaat, 14 Februari 2014

Yee Mee Glaxy Ampang?

Penulis sering kali menonton wayang di Glaxy Ampang. Sementara menanti waktu tayangan tiba, selalunya perut penulis akan terasa lapar, penulispun singgah ke Restoran Embah Bedah untuk mengalas perut. Restoran Embah Bedah ini terletak di tingkat 4 Glaxy Ampang yang berhadapan dengan panggung wayang MBO Glaxy Ampang.
Restoran Embah Bedah Glaxy Ampang.
Restoran ini dibuka pada setiap hari, termasuk pada cuti umum. Di buka pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Jika tutup pun mungkin pada Hari Raya Aidilfitri kot... hehehe... Maklumlah, apabila hari cuti terutama pada cuti umum, semakin ramai orang menonton wayang. Apabila ramai yang menonton wayang, semakin bertambahlah pelanggan yang hendak makan di restoran ini.
Yee Mee Goreng Embah Bedah.
Restoran Embah Bedah baharu sahaja berniaga di Glaxy Ampang ini. Rasanya baharu dua tahun beroperasi. Mereka menyediakan pelbagai menu. Diantaranya. nasi ayam, mee goreng, mee bandung dan lain-lain lagi. Dalam banyak-banyak menu, penulis paling gemar masakan yee meenya. Yee meenya boleh tahanlah sedapnya pada tekak penulis. Selain yee mee, penulis juga gemarkan mee/meehoon goreng dan mee bandungnya.
Ada telor, ayam dan sayursayuran yang banyak.
Yee Mee di restoran ini memang terbaikk. Yee mee ini bertambah sedap apabila dimakan semasa panas-panas!! Bertambah sedaplagi apabila ditambah telur, udang, daging, daging ayam dan sayur-sayuran yang agak banyak.
Mee goreng Embah Bedah.
Tetapi ingin diingatkan disini bahawa citarasa keluarga penulis ini mungkin berbeza dengan citarasa anda semua. Ada kemungkinan ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan masakkan di sini.
Nasi ayam pun ada.
Anda pernah makan di restoran Embah Bedah ini?. Oh yer!... harganya agak berpatutan. Tidak murah dan tidak pula terlalu mahal. Maklumlah, kesemua masakkannya, boleh tahan sedapnya dan dalam suasana berhawa dingin pula. Lagi satu, buat anda yang tidak makan yee mee, anda tidak perlu risau. Bermacam-macam menu masakkan lainpun ada.

Khamis, 13 Februari 2014

Mee Bandung Warung Wak Seri Raya

Setiap kali penulis pulang dari kerja, apabila perut terasa lapar, penulis akan singgah ke Warung Wak di Taman Sri Raya Ampang. Warung wak ini terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan Balai Raya Taman Seri Raya Ampang.
Warung Wak di Taman Sri Raya Amoang.
Warung wak ini kelihatan sempoi sahaja. Tetapi menu masakkan memang tip top!!. Tetapi, cuma yang kurang sedikit hanyalah makanan laut nya sahaja. Tetapi masakkan meenya memang sedap dan terbaik. Terutama mee goreng mee bandung dan mee supnya.
Warung yang sempoi.
Wak telah lama berniaga di Taman Sri Raya ini. Dalam banyak-banyak mee, penulis paling gemar mee bandungnya. Mee bandungnya tetap maintain sedap dari dahulu lagi. Penulis sukakan mee bandungnya kerana rasanya tidak terlalu manis, kuahnya pekat dan rasa udang keringnya betul-betul ‘terasa’…
Mee Bandung.
Mee Bandung Muar yang asli tidak meletakkan sos tomato atau sos tiram. Kemanisan rasa dari rebusan daging, rebusan sotong atau udangnya bersama ubi kentang atau ubi keledek menjadikan mee bandung ini menjadi lebih lazat. Ramai pelanggan kata, jika wak sendiri yang masak, mee bandungnya memang sedap. Tetapi, jika isteri atau pekerjanya yang masak, mee bandungnya agak kurang sedap... Jadi, pastikan wak sendiri yang masak... hehehe....
Mee Bangdung yang terbaik.
Tetapi ingin diingatkan disini bahawa citarasa keluarga penulis ini mungkin berbeza dengan citarasa anda semua. Ada kemungkinan ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan mee bandung di sini.
Antara menu yang ada di Warung Wak Seri Raya.
Warung wak ini kecil sahaja. Tetapi, pelanggannya memang tidak putus-putus. Wak kata, dia akan berniaga pada setiap hari Isnin hingga hari Sabtu. Dari jam 4,00 petang hingga 12,00 tengah malam. Tetapi, jika mee habis awal….. sendiri mau ingatla…hahhahahhah....