Semenjak bertugas di tingkat 8, Menara DBP, penulis jarang sekali makan di luar. Kini, penulis dan rakan-rakan hanya makan di Cafe DBP tingkat 5 di Menara DBP sahaja. Lagipun, kebanyakkan yang makan di Cafe DBP ini adalah kakitangan DBP yang malas hendak menapak/berjalan kaki ke warung atau restoran yang berhampiran, termasuklah kami huhuhuhuu.
Pintu masuk Cafe DBP. |
Kini, Cafe DBP atau Restoran Rumah Thai yang berada di tingkat 5, Menara DBP ini lah yang menjadi tumpuan utama kami. Lagipun hanya Cafe ini sahaja yang menyediakan menu masakan ala kampung dan ala Thai yang paling hampir dengan pejabat dan kami hanya perlu mnggunakan lif sahaja ke cafe tersebut.
Setiap hari ada menu istimewa. |
Manakala menu yang biasa kami pesan sudah tentulah nasi campur, nasi goreng atau mee kari, laksa dan Mee Sup. Minuman sudah tentulah air kosong sahaja sebab penulis sudah tidak boleh minum manis lagi hahahha. Selain menyediakan menu masakan kampung, cafe ini juga menyediakan kueh mueh ala kampung seperti goreng pisang panas, goreng keledek, cengkodok pisang, karipap dan keropok lekor.
Antara menu yang ada. |
Penulis dan rakan-rakan terpaksa makan tengahari lebih awal. Jika tidak, staff DBP, terutama yang wanita terlebih dahulu akan menghabiskan lauk pauk ini. Mereka turun rehat seawal jam 11.00 pagi dan membeli secara tapau/bungkus lauk pauk yang ada. Jika kami makan lewat tengahari, alamat lauk pauk nya tinggal sedikit sahaja. Lauk pauk yang ada sudah tidak banyak pilihan.
Kuanter pembayaran. |
Jika kami makan awal, menu masakkannya memang istimewa. Pelbagai masakan ala kampung dan ala Thai ada. Lagipun pada masa kini memang susah hendak mencari masakan yang ada cita rasa asli dan mengingatkan kembali pada zaman kita di kampung. Dengan menu masakan kampung ini, Cafe DBP ini sentiasa ada pelangan terutama di waktu puncak.
Lauk pauk hari ini. |
Tipulah, jika hendak dikatakan makanan di cafe ini sangat sedap. Tetapi, setiap kali kami tiba, memang ada pelanggan. Dengan jumlah pelanggan yang datang, boleh di katakan makanan di sini boleh lah tahan juga. Harganya pula memang berpatutan, tidak murah dan tidak mahal. Tetapi, selalunya kakak cafe tersebut memberi harga dengan potongan yang istimewa untuk kami.
Kueh mueh hari ini. |
Jika anda sudah kenyang, anda boleh membeli belah di sebelah cafe tersebut. Setiap hari ada gerai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, minyak wangi, makanan ringan, makanan kesihatan dan bermacam-macam lagi. Yang penting, anda tidak perlu lagi ke pasaraya untuk membeli barangan seperti ini... hehehe...
Lepas makan, boleh shopping di sini. |
Ok, silalah pergi mencuba di cafe DBP. Jika tidak sedap jangan marah penulis. Citara rasa kita adalah berbeza-beza..... hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan