Isnin, 24 Mac 2014

Secret Recipe...

Anda pernah makan Mee Kari di restoran Secret Recipe? Berhampiran dengan kediaman penulis ada sebuah. Menunya boleh tahan sedap tetapi harganya agak mahal sedikit. Sebenarnya, penulis sudah lama tidak makan di situ. Penulis rasa seperti tidak berbaloi kerana jika hendak makan, mestilah memuaskan nafsu makan kita betul-betul. Disebabkan itu, penulis lebih gemar ke Medan Selera. Di sana, jika kita tunggang terbalik hendak memilih makanan, suka hati kitalah lah!..
Antara ramuan mee kari.
Kenapa penulis berbicara mengenai Secret Recipe? Terpulanglah kepada anda hendak pergi ke tidak ke restoran itu. Ini semua adalah pilihan masing-masing. Yang penulis hendak ceritakan ini memang betul-betul secret recipe. Secret Recipe Mee Kari dari resipi arwah ibu mentuaku. Mee Kari ini memang sedap dan tidak pernah disiarkan di mana-mana buku atau di laman blog kerana ianya resipi rahsia keluarga ibu mertuaku. Kini, resipi tersebut telah diperturunkan kepada isteri penulis yang selalu memasakkan Mee Kari untuk kami sekeluarga. Itulah secret recipe yang dimaksudkan... hehehe.
Kuah penentu kelazatan resepi mee kari.
Mee kari ini adalah salah satu menu masakkan di dalam majlis hari jadi penulis tempohari. Turut dihidangkan pada majlis tersebut ialah Mee Goreng dan juga kueh karipap. Pada hari itu juga, isteri sempat memasakkan kami sekeluarga Nasi Arab Segera!... pergh!. Cakap pun tiada guna... speechless.. memang sedap tau!!
Mee Kari.
Ok, sudah jauh penulis melalut ni. Penulis ingin mempersembahkan kepada anda semua Secret Recipe dari arwah ibu mentuaku dan kini dimasak dengan air tangan isteri penulis…Mee Kari..
Mee Kari siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan untuk menumis:
  • 10 biji bawang merah (dipotong nipis) 
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil) 
  • Santan kelapa 
  • Rempah kari (2 bungkus dibancuh dgn air suam) 
  • Tauhu goreng 
  • 1 jug air 
  • Asam keping 
  • Garam 
  • Ajinomoto 
Bahan-bahan utk hiasan:
  • Mee kuning 
  • Kerang 2 kilo (direbus) 
  • Fishcat (dipotong nipis dan digoreng) 
  • Limau kasturi 
  • Daun sup 
  • Bawang goreng 
  • Lada besar(di potong kecil) 
  • Taugeh (dicelur) 
  • Sawi (dicelur)
Cara-caranya:

Tumis bawang merah sehingga kekuningan kemudian masukkan ayam dan biarkan sedikit masak dan masukkan rempah kari dan gaul bagi sebati. Kemudian apabila ayam sudah empuk dan masak masukkan pula pati santan dan biarkan seketika dan apabila bahan-bahan tersebut dah menggelegak masukkan air dan asam keping. Jika nampak macam pekat, tambahkan air lagi tapi jangan terlalu cair. Apabila kuah sudah hampir masak, masukkan tauhu goreng dan biarkan tauhu masak seketika dan boleh lah ditutup apinya. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mee. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau kasturi. 

Sedia dinikmati.

Tiada ulasan: