Di mana-mana pasar malam dan pasar tani terdapat peniaga yang menjual makanan tradisional seperti lempeng pisang, cakoi, nasi dagang, nasi kerabu, pulut kuning, ketupat dan lemang. Bagi Pengemar makanan tradisional seperti penulis sudah tentu tidak sukar mencari makanan kegemaran masing-masing.
|
Abang yang berniaga pecal di pasar tani. |
Tukang masak mahir pun belum tentu dapat mengembalikan kenangan silam tentang keenakan makanan tradisional yang dihasilkan oleh orang kampung walaupun kelihatan nya amat mudah dan ringkas sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah jualan makanan tradisional seperti pecal di pasar malam dan pasar tani masih dicari oleh orang ramai.
|
Ramuan pecal di pasar Tani Taman Datuk Razali, Ampang. |
|
Pecal yang dibeli di Pasar Tani. |
Foto-foto yang dipaparkan dirakamkan di Pasar Tani, Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dan di Pasar Malam Bandar Baru Ampang. Peniaga pecal berkenaan sudah lama berniaga pecal dan makanan tradisional yang lain. Lagipun hanya mereka sahaja yang menjual pecal di pasar tani dan pasar malam ini. Memang sukar mencari peniaga yang menjual pecal di pasar malam dan pasar tani ketika ini kecualilah di Bazar Ramadhan pada bulan puasa.
|
Ramuan pecal di Pasar Malam Bandar Baru Ampang. |
|
Pecal diproses secara live. |
Hidangan pecal ialah gabungan pucuk paku, kangkung, pucuk ubi, tauge, kacang panjang, tahu serta kuah kacang yang ditumbuk halus. Namun, ada sesetengah peniaga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menambah jantung pisang, kacang bendi, sengkuang, tempe dan sebagainya. Maka, harga pecal yang ditambah ‘aksesori’ ini akan menjadi lebih mahal.
|
Kakak ni sedang membuat pecal secara live. |
|
Kakak ni tanya.... hendak pedas ke tidak? |
Di Pasar Malam Bandar Baru Ampang, pecal yang dijual hanya mengandungi ramuan bahan asas sahaja, di samping diberi pilihan untuk meletakan beberapa banyak sambal cili untuk menambahkan kepedasannya. Namun, pecal asli jawa di Pasar Tani di Taman Datuk Ahmad Razali, memang berbeza dan unik. Mereka lebih banyak meletakkan pelbagai jenis ulam-ulaman dan kuah kacangnya tidak pedas tetapi rasanya tetap sedap sekali.
|
Pecal kampung kepunyaan orang Jawa yang boleh di beli pasar pagi Sungai Besar. |
|
Pecal kampung seperti ada keistimewaannya tersendiri. Penulis masih merinduinya. Penulis selalu menikmatinya di zaman kanak-kanak. |
Biasanya makanan tradisional seperti pecal ini dijual oleh golongan dewasa seperti pakcik dan makcik dan dibeli pula oleh golongan remaja. Golongan remaja ini tidak mengemari makanan tradisional seperti pecal ini. Mungkin mereka orang bandar yang tidak begitu mengenali makanan tradisional ini. Nampaknya, promosi perlu dilakukan agar makanan tradisional ini tidak akan menjadi sejarah suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan