Kali ini, penulis hendak berkongsi pengalaman merasai sate milik Zainah Ismail yang terletak di Kampung Datuk Keramat. Gerai ini berdekatan dengan LRT Damai dan Keramat Mall. Gerainya sebenarnya sempoi sahaja, gerainya berada di halaman rumah.
|
Gerai Zainah Ismail bersebelahan dengan Keramat Mall. |
|
Gerai Zainal Ismail di Keramat. |
Jika di lihat dari jauh, apabila sudah masuk lorong, anda boleh nampak asap-asap sate yang dibakar itu. Aromanya satenya sahaja sudah membangkitkan selera pelanggan yang lalu lalang di lorong tersebut. Namun, gerai sate Zainah Ismail ini jadual perniagaannya tidak menentu. Kadang-kadang gerainya dibuka dan kadang-kadang gerainya ditutup. Pernah sekali sekala penulis datang hendak makan sate, tetapi malangnya gerainya ditutup.
|
Sate yang sedang di bakar. |
|
Pekerja sedang mengipas sate. |
Minggu lepas sempatlah singgah di gerai Sate Zainah Ismail, Dato’ Keramat. Lokasinya tidak jauh dari stesen minyak Petron, Keramat Mall dan Stesen LRT Damai. Entah kenapa isteri penulis secara tiba-tiba teringin sangat hendak makan sate, jadi teringat penulis pula sate yang sedap di Dato’ Keramat, apa lagi terus lah penulis terjah ke sana. Alhamdulillah rezeki kami, gerai sate ini dibuka pada hari tersebut....
|
Sate Zainah Ismail yang besar dan gebu. |
|
Sate daging dan sate ayam. |
Satenya sememangnya lazat!. Sate daging memang well marinated, penuh berempah, isinya lembut, lemak dan sangat lazat. Namun sate ayamnya tidak sesedap daging lembunya, tetapi kedua-duanya tetap terbaik. Kedua-duanya diperap cukup lama sehingga isinya menyerap rempahnya.
|
Satu dan kuah kacang. |
|
Disertakan timun, bawang dan nasi impit. |
Bagi penulis, so far, they have the best beef sate in Kuala Lumpur. Cumanya, kuah kacangnya sahaja yang terlalu cair untuk penulis, tetapi ada kemungkinan untuk membangkitkan lebih rasa kepada satenya juga. Namun, inilah sate yang sedap dan antara yang terbaik yang pernah penulis rasa di Kuala Lumpur setakat ini.
|
Sate yang sedap. |
|
Pekerja sedang membakar sate. |
Memang tidak jemu makan sate di sini kerana dagingnya yang lembut, lemak, berempah dan besar. Tetapi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate Daging RM1.00, Sate Ayam RM1.00, Sate Hati Ayam RM1.00 dan Sate Perut Babat RM1.00. Tetapi jika sudah pekena sate di sini sure tolak ketepi lah sate-sate yang lain.... hehehe...
|
Senarai harga sate Zainah Ismail. |
|
Ramai pelanggan sedang menunggu tempahan sate. |
Ok, silalah pergi mencuba sate di gerai Zainah Ismail ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan