Semenjak kebelakangan ini, penulis asyik terbayangkan keenakkan burger bakar. Penulis pun men google dan membaca testimoni daripada laman sesawang atau dari blog-blog makanan di internet. Maka, dengan bersungguh-sungguh penulis pergi terjah ke gerai burger bakar di Dagang Avenue Food Court, Ampang...
Dagang Avenue Food Court. |
Setelah memandu selama lebih kurang setengah jam, penulis pun sampai ke lokasi yang hendak dituju. Lokasi pilihan penulis untuk minum petang kali ini ialah Burger Bakar Abang Burn di Food Court Dagang Avenue. Gerai Burger Abang Burn terletak di hujung sekali.
Gerai Buger Bakar Abang Burn. |
Walaupun hanya sebuah gerai, tetapi kebersihan gerainya tetap jaga. Kesemua pekerjanya menggunakan sarung tangan dan menutup kepala. Jarang sekali kita terjumpa sebuah gerai yang menjual makanan yang mementingkan kebersihan seperti gerai Abang Burn ini.
Pelanggan sedang memilih menu Burger Bakar Abang Burn. |
Agak banyak menu pilihan burger bakar yang disediakan. Sehingga agak sukar penulis hendak memiilih yang mana satu menu yang paling sedap. Penulis dapati semua menu nya sedap. Apabila ditanya, mereka kata, ramai pelanggan memilih menu ABANG BURN SUPREMO. Menu ini mempunyai onion ring dan juga cendawan goreng di dalamnya. Anda juga boleh memilih daging bakar ayam, daging atau kambing.
Burger Bakar. |
Jika anda hendak tahu, Burger Bakar Abang Burn ini baharu sahaja dibuka di Food Court Dagang Avenue ini. Gerai pertama mereka dibuka kira-kira dua tahun yang lalu. Sehingga kini Gerai Burger Bakar Abang Burn ini mempunyai 13 CAWANGAN! di seluruh Malaysia.
Para pelanggan sedang menikmati Burger Abang Burn. |
Cuba anda bayangkan, Burger Abang Burn baharu sahaja di buka kira-kira dua tahun, kini sudah ada 13 cawangan diseluruh negara. Ini mesti atas permintaan orang ramai yang terlalu tinggi. Menurut cerita dari Abang Burn, ada pelanggan yang meminta dihantar secara pos laju Burger Bakar ini hingga ke negeri Sabah!. Rahsia burger bakar Abang Burn ini adalah semakin lama disimpan semakin sedap rasanya. Tetapi tidak bolehlah lama sangat, nanti basi pula hehehe...
Burger Abang Burn. |
Keistimewaan Burger Bakar Abang Burn ini ialah dagingnya yang tidak kering seperti daging bakar dari gerai burger yang lain. Sos dan resipi dagingnya begitu istimewa kerana dicipta oleh Abang Burn sendiri. Servis nya yang pantas dan pekerjanya yang berdisiplin serta mengutamakan kebersihan!
Resit Burger Bakar Abang Burn. |
Antara 13 cawangan Burger Bakar Abang Burn di seluruh negara adalah seperti di Ampang, Kajang-Bangi, Nilai, Johor Bahru, Kota Damansara, Sunway-Subang Jaya, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Alor Star, Klang, Melaka & Cheras Perdana.
Food Court di Taman Dagang Ampang. |
Akhirnya tercapai juga impian tekak penulis yang sudah lama mengidamkan Burger Bakar Abang Burn ini. Selain Gerai Burger Abang Burn, Dagang Avenue Food Court ini mempunyai gerai-gerai lain yang menyediakan menu masakkan lain yang tidak kurang sedapnya seperti, sate, nasi lemak, masakan ala westen, seafood, ala Thailand, nasi goreng, mee goreng dan lain-lain lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan