Enty kali ini penulis ingin menulis berkenaan makanan tradisional yang berasal dari pantai timur. Makanan tradisional tersebut ialah “Nasi Kerabu”. Penulis yakin ramai diantara kita yang mengemari masakan tradisional dari pantai timur ini.
Kakak ni berniaga nasi kerabu sekitar pasar malam Ampang. |
Khasiatnya yang lengkap dan dikatakan seimbang. Makanan ini terdiri daripada pelbagai jenis ulam-ulaman, ayam percik, ikan goreng, daging bakar, telur masin, lada hijau, jeruk bawang putih, solok ladanya dan tanpa ketinggalan budu ...hehe..
Nasi kerabunya menjadi tumpuan ramai. |
Petang tadi penulis bersama isteri dan anak tidak ketinggalan menikmati makanan ini yang sememangnya sedap. Penulis membelinya di pasar malam yang berhampiran dengan kediaman penulis di Taman Tasek, Ampang. Bagi penulis, makanan yang paling best sekali sudah tentulah masakan isteri dan makanan yang kedua yang paling best ialah tidak lain tidak bukan sudah semestinya nasi kerabu..
Antara lauk pauknya yang menyelerakan. |
Ketika sedang menikmati nasi kerabu, timbul persoalan di benak penulis. Yang manakah lebih sedap, nasi kerabu yang dibuat di negeri Kelantan atau yang dibuat di negeri lain seperti di negeri Perak, Selangor, Kedah dan sebagainya. Tetapi, jika tukang masak nasi kerabu itu berasal dari negeri Kelantan, sudah tentulah rasanya sama bukan? tidak kiralah dimana pun dia berada! ..hihi...
Nasi Kerabu bungkus. |
Bagi penulis, daripada segi rasa tiada banyak bezanya, kerana kita pun boleh masak dengan mengikut resipi di buku atau dari laman sesawang di internet. Tetapi, kelebihan bagi orang pantai timur mungkin mereka ada petua rahsia yang mungkin orang luar tidak mengatahui. Mesti ada tips tertentu daripada orang tua mereka yang terdahulu. Seperti contoh, bagaimana cara hendak memanggang ayam atau sebagainya. Kaedah memasak bagi setiap orang mungkin berbeza tetapi daripada segi rasa adalah hampir sama sahaja.
Ada juga nasi kerabu berwarna kuning. |
Jika di Lembah Kelang, yang paling jelas adalah dari segi harganya. Di negeri Kelantan, kita boleh mendapat harga yang jauh lebih murah dan di negeri Kelantan juga sudah menjadi kebiasaan jika nasi kerabu disajikan sebagai sarapan pagi berserta nasi lemak dan sebagainya tetapi rata-rata di luar dari pantai timur, kita hanya akan terjumpa makanan ini di pasar tani dan pasar malam sahaja..
Nasi kerabu di cafe DBP. |
Dahulu penulis sangat tidak sukakan nasi kerabu kerana terlalu banyak sayur!. Tetapi sekarang penulis diantara penggemar nasi kerabu yang paling setia. Akhir kata, cubalah nasi kerabu.. Ia sangat enak dimakan dimana sahaja..Wasalam!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan