Sabtu, 26 Julai 2008

Cabaran Pertama Aku Bertugas di Syarikat Swasta


Tugas pertama aku di syarikat swasta adalah pembantu kepada en. Zainal mereka bentuk buku teks Bahasa Melayu pada tahun 2003. Oleh kerana pada masa itu syarikat kekurangan designer, abang Zainal ditugaskan pula mereka bentuk buku teks Bahasa Arab. Disebabkan itu aku dipertanggungjawabkan sepenuhnya mereka bentuk buku teks tersebut.

Aku seolah-olah tidak percaya kerana diberi tanggungjawab mereka bentuk buku teks tersebut. Lagipun aku tiada pengalaman dalam bidang ini terutama sebagai designer buku teks. Sebelum ini aku hanya seorang ilustrator yang melukis ilustrasi dan gambarajah sahaja. Oleh kerana sudah diarahkan, aku terpaksa melaksanakan tanggungjawab yang amat berat itu. Pada peringkat awal aku agak kekok membuat kerja-kerja design ini kerana tiada pengalaman dan tidak mahir menggunakan kumputer terutama untuk perisian Pagemaker, Ilustrator dan Photoshop. Oleh itu aku terpaksa merujuk daripada buku-buku dan bertanya pada rakan-rakan yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah rakan-rakan tidak kedekut ilmu dan sedia membantu.

Pada peringkat awal, proses kerja ini berjalan dengan lancar, tetapi hanya seketika sahaja. Walaupun aku berjaya menyiapkan reka letak buku tersebut tetapi masih banyak kekurangan gambar fotonya. Ketika itu syarikat masih lagi tiada juru foto dan penulis dan editor pula tidak menyediakan foto-foto yang diperlukan. Oleh kerana tiada foto, aku biarkan sahaja kosong pada kotak-kotak foto tersebut. Apabila bengkel 100% hampir tiba, akupun hantar PMS buku teks tersebut kepada editor. Apabila editor membuat penyemakkan, didapati masih banyak gambar foto yang tiada. Ini menyebabkan editor tersebut menitiskan air mata. Suasana yang tegang ini menyebabkan aku dan penyelia menjadi kalang-kabut. Tanpa membuang masa aku terpaksa mencari foto-foto yang bersesuaian di beberapa buah majalah dan mengimbas (scan) foto tersebut satu-persatu. Alhamdulilah dalam beberapa hari sahaja buku ini berjaya disiapkan untuk di bengkelkan.

Apabila tiba masa buku ini di bengkelkan di Hotel Primula, Kuala Terengganu, kami di kritik hebat oleh Jawatakuasa Kawalan Mutu dan pegawai teknikal kerana design, foto dan ilustrasi yang kurang menarik. Aku terima hakikat bahawa design buku ini kurang menarik dan berjanji akan memperbaikinya. Sejak hari itu aku perasan editor menarik muka terhadap aku dan tidak lagi mesra seperti sebelumnya.

Apabila kembali semula bertugas di pejabat, aku mendapat berita bahawa editor sudah menghantar surat kepada majikan aku di ibu pejabat yang mengatakan aku tidak layak menjadi designer buku ini kerana aku adalah bekas seorang pengawal keselamatan. Mereka mengangap tugas ini hanya layak untuk lepasan universiti sahaja. Aku amat kecewa mendengar berita itu dan terus menemui pengurus kanan memohon menarik diri dari terus mereka bentuk buku tersebut. Oleh kerana ketika itu syarikat kekurangan designer, aku diminta meneruskan juga tugas terebut. Mahu tidak mahu dengan berat hatinya aku meneruskan juga tugas terebut.

Alhamdulillah, akhirnya buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kini telahpun diguna pakai di semua sekolah kerajaan. 

2 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Salam Enche' ZulDeanz,
Amboiii...ada blog kulaan lg tuhhh!

ha.ha.

denanz berkata...

zul. ko dah boleh buat buku catatan pengalaman pengembaraan. buat buku mewah yg penuh dgn gambar. mesti meletup. Ko tengok Samad Said. Warkah Eropah. Pasal surat jer boleh buat buku mewah. Ko lebih dasat drp dia. Orait?