Selasa, 29 Julai 2008

Ho Chi Minh City dalam Kenangan



Bandaraya Ho Chi Minh di penuhi penunggang motosikal setiap hari



Ahli rombongan Famemas bergambar di hadapan Lapangan Antrabansa Vietnam

Pesawat MAS dinaiki bersama ahli rombongan Famemas iaitu pemenang peraduan syarikat Samsung selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Vietnam kira-kira 11 pagi (waktu Vietnam) pada 7hb Desimber 2003 yang lalu selepas penerbangan kira-kira 2 jam setengah dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Perbezaan waktu Vietnam dengan Malaysia adalah 1 jam. Cuaca di Ho Chi Minh City adalah sama seperti di Malaysia.

Rombongan kami seramai 60 orang pemenang peraduan Samsung yang akan memberi sokongan kepada atlit Malaysia yang akan bertanding di Sukan SEA di bandaraya Ho Chi Minh. Kami disambut oleh agensi pelancungan di sana. Kami mendapat khidmat seorang pemandu pelancung berbangsa Vietnam iaitu mr. Duck. Dari lapangan terbang, kami bersiar-siar di sekitar badaraya Ho Chi Minh.



Penulis bergambar kenangan dengan petugas hotel Amara Hotel


Penulis bergambar kenangan dengan askar Viet Chong

Berbeza dengan kebanyakkan metropolis lain, Ho Chi Minh City mempunyai keunikan tersendiri. Jika bandar besar lain jentera beroda empat ligat menyusuri kota, di bandar bersejarah yang pesat membangun itu motosikal mendominasi jalan dan lorongnya. Motosikal menjadi pengangkutan utama untuk sebahagian besar warganya, sama ada bagi berulang alik dari rumah ke tempat kerja, keluar makan, bersiar-siar atau ke mana sahaja. Dianggarkan ada lebih tiga juta pengguna motosikal di Ho Chi Minh City, dengan setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya dua buah motosikal, menjadikan jalan di bandar itu sesak dengan motosikal, sehinggakan kenderaan lain terpaksa mengalah dengannya.

Penulis mengikuti rombongan Famemas ke bandaraya terbabit berpeluang melihat senario itu, malah untuk melintasi jalan berasa sungguh sukar kerana tidak biasa dengan jumlah motosikal terlalu banyak. Namun penunggang di sana tahu menghormati pejalan kaki. Dengan mengankat tangan ke arah mereka, secara tiba-tiba mereka memperlahankan motosikal, malah ada yang membrek terus dan memberi laluan kepada pejalan kaki. Penunggangnya berhemah, tidak memecut motosikal sesuka hati, tiada istilah mat rempit dan mereka juga tidak mengubah suai motosikal, membuatkan deruman enjinnya tidak begitu bising. Cuma disebabkan sesetengah lampu isyarat dipersimpangan tidak begitu sempurna, kadangkala arusnya bersimpang siur, tetapi tiada pula yang kemalangan, masing-masing tahu mengelak. "Motosikal menjadi kenderaan utama di sini kerana ia praktikal dan harganya murah" kata mr. Duck pemandu pelancung kami.



Penulis sedang berada di pintu masuk terowong Cu Chi


Penulis dan teman berada di bilik rehat tentera Viet Cong di dalam terowong Cu Chi

Disebabkan jumlah motosikal sungguh besar, pencemaran udara juga tidak berkecuali, jadi sesetengah penunggang dan pembonceng, terutamanya wanita, menggunakan topeng mulut. Kawasan meleak kenderaan dan stesen minyak juga dimonopoli motosikal. Malah, sepanjang deretan lot kedai di bandaraya ini, sukar untuk melihat bengkel atau kedai aksesori kereta, sebaliknya yang banyak ialah bengkel dan kedai eksesori motosikal, terutamanya topi keledar. Kebanyakkan kedai dan nama jalan di bandar raya ini menggunakan bahasa Vietnam, sekali gus memberi petunjuk yang mereka meyanjungi bahasa mereka. Jesteru, jangan terperanjat jika anda menyapa mereka dengan bahasa inggeris, mereka hanya tersenyum dan menjawab dalam bahasa Vietnam, kecuali di hotel dan pasar raya. Sama ada mereka enggan bernahasa inggeris atau tidak tahu berbahasa inggeris, hanya mereka sahaja yang tahu. Berbeza juga dengan bandar besar di negara lain, di Ho Chi Minh City dua jenis mata wang digunakan iaitu Vietnam Dong dan Dollar Amarika.

Harga barangan di sana agak murah dan peniaganya pula boleh dibawa berbincang, seperti di pusat membeli-belah Ben Tanh. Cuma sesetengah peniaga telah menetapkan harga dari awal, baik pelancung mahupun warga tempatan tidak diberi potongan harga. Di sini juga terkenal dengan barang kraf seperti lukisan, aksesori dalaman kediaman dan kain sutera yang dijual di banyak tempat dengan harga yang berpatutan, malah di hotel juga ia turut dijual. Satu lukisan bersaiz sederhana misalnya berharga rm150. Aku berkesempatan meninjau satu pusat pembuatan kraf di Ho Chi Minh City, yang menempatkan kira-kira 200 pekerja, sesetengahnya golongan orang kurang upaya, yang ada antara mereka bertongkat dan berkerusi roda.

Di tempat terbabit, pengunjung dapat melihat cara pembuatan barang kraf oleh orang Vietnam dari peringkat awal hingga siap. Mereka melakukan kerja dengan tekun lagi teliti bagi memastikan kualiti barang terjamin dan digemari pelanggan. Indentiti orang Asia di kalangan rakyat Vietnam jelas kelihatan, kerana bertubuh sederhana, berkulit halus kuning langsat, malah warga tuanya masih mengenakan topi besar berbucu tajam di bahagian atasnya. Pakaian tradisi seperti baju labuh hingga ke betis juga masih boleh kelihatan pada sesetengah petugas hotel. Namun kebanyakkan generasi mudanya lebih senang berbaju t-shirt atau kemeja, sesetengah pula menjadikan taman awam di tengah bandar ini sebagai lokasi romantik memadu kasih. Mereka tidak segan silu berdua-duaan di taman awam, sama ada di sisi motosikal atau atas kerusi, malah ada segelintir pula dalam keadaan mengghairahkan, seolah-olah satu lagi identiti bagi warga bandar raya ini.



Kami makan ubi kayu rebus di kawasan terowong Cu Chi


Penulis bergambar kenangan di pondok rehat askar Viet Cong

Satu lagi yang menarik di bandar ini ialah pokok di sekitar taman serta bahu jalan dicat putih kira-kira satu meter dari pangkalnya. Begitu juga pada bangku di sekeliling taman, diwarnakan putih. Menurut mr. Duck, pihak berkuasa berbuat demikian supaya penunggang motosikal berwaspada dan tidak terbabit dalam kemalangan melanggar pokok. "Sebelum ini sesetengah penunggang motosikal melanggar pokok kerana tidak dapat membezakan batang pokok. Jadi apabila dicat warna putih, mereka dapat membezakan batang pokok dan tidak lagi melanggarnya" katanya.


Tiga tentera Viet Cong yang kekal ke hari ini


Penulis bergambar kenangan di tengah-tengah bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam

Di sebelah siang, kebanyakkan masa kami berada di stadium untuk menyokong atlit Malaysia yang bertanding di Sukan SEA yang bertanding di bandar raya ini. Walaupun kami ke sini untuk menyokong atlit Malaysia, tetapi kami tetap berpeluang melawat ke tempat-tempat menarik di Ho Chi Minh City seperti Muzium perang dan Terowong Cu Chi.

Hari berikutnya semasa atlit Malaysia tidak bertanding, kami di bawa melawat terowong Cu Chi yang teletak kira-kira 70 kilometer arah barat laut Ho Chi Minh City, apa hebatnya terowong ini?. Bagi aku, ia bukan sekadar sebuah destinasi yang mesti dilihat oleh pelancung yang berkunjung ke Ho Chi Minh City. Memang tidak lengkap lawatan ke sana jika tidak melawat terowong bersejarah ini. Ia umpama menikmati nasi lemak tanpa sambal ikan bilis.

Mr. Duck menjadi pemandu pelancung kami sepanjang lawatan Famemas seminggu ini memberitahu betapa terowong Cu Chi begitu dekat dengan hati penduduk Vietnam terutamanya generasi ibu dan bapanya. "Kebanyakkan ibu dan bapa generasi muda hari ini adalah Viet Cong. Mereka menyanjung tinggi jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka yang tekorban dalam perang Vietnam," katanya sambil menjelaskan Viet Cong adalah singkatan perkataan Vietnamese Communist Army.



Penulis disamping kapal terbang US di muzium perang


Penulis dikesibukan jalan raya di Ho Chi Minh City

Terowong Cu Chi mula dibina pada tahun 1940 iaitu ketika Vietnam berada dalam era penjajahan Perancis. Jarak terowong yang disiapkan dalam tempoh 20 tahun itu hanya 48 kilometer sahaja. Viet Cong terus membina terowong ini sepanjang era perang Vietnam bagi menentang Amarika Syarikat dan sekutunya dari tahun 1959 hingga 1975. Ini menjadikan panjang keseluruhan terowong yang dibina mencecah 250 kilometer. Reka bentuk terowong yang dibina seperti sarang labah-labah ini begitu unik kerana terdiri daripada tiga tingkat dengan tingkat paling bawah berakhir di Sungai Saigon.

Bilik Masyuarat, dapur, tempat menyimpan senjata dan bekalan makanan ditempatkan di tingkat atas manakala tingkat tengah menempatkan perigi. "Perigi ini membekalkan air bagi kegunaan harian tentera di dalam terowong. Pihak Viet Cong tidak menggunakan air Sungai Saigon untuk minum kerana bimbang air sungai itu diracun oleh tentera Amarika" kata Duck. Bercerita lanjut, katanya, terdapat antara 7.000 hingga 8.000 Viet Cong dan keluarga mereka tinggal di dalam terowong sepanjang tempoh perang Vietnam yang berakhir pada 30 April 1975. "Viet Cong berkahwin dan mempunyai keluarga di dalam terowong. Hanya pada waktu malam, mereka menyusup keluar melalui pintu  yang kecil di permukaan tanah untuk meninjau pasukan musuh atau mendapatkan bekalan makanan daripada penduduk sekitar," ujarnya.

Mendengar cerita itu, aku berasa tidak sabar untuk menyusup masuk ke dalam terowong yang kecil saiznya itu. "Ini pintu asal terowong Cu Chi" kata Duck sambil menuding jari ke arah lubang yang sangat kecil. "Muat ke aku masuk dengan saiz XXL ni?" bisik hati aku tatkala melihat saiz pintu terowong yang begitu kecil. Duck memberi tahu, pintu ini dibina mengikut saiz badan tentera Viet Cong yang kecil. Satu demonstrasi mengenai cara-cara Viet Cong memasuki terowong turut dipertontonkan kepada pelancung. Melawat sekitar terowong membuatkan aku begitu kagum dengan kebijaksanaan Viet Cong mengatur strategi peperangan. Antaranya ialah terdapat busut yang berselerak di beberapa lokasi tertentu. "Ini sistem pengalihan udara untuk terowong. Tanah yang dikaut keluar menjadi busut dan selebihnya dibuang ke dalam Sungai Saigon," kata Duck.



Penulis bersama [enyanyi dan pemuzik hotel Amara


Penulis dan rakan-rakan sedang menyokong atlit Malaysia sedang bertanding

Mengulas tindakkan tentera Amarika dapat mengesan busut itu, Duck memberitahu, ia pernah berlaku apabila musuh curiga melihat anjing pengesan mereka bersin setiap kali mencium busut ini. "Pada mulanya, Viet Cong meletak sebuk cili di tepi lubang alih udara untuk menjauhkan anjing pengesan daripada mendekati terowong". Namun, serbuk cili menyebabkan anjing-anjing ini bersin setiap kali menghidunya. "Untuk mengelakkan perkara ini berulang, Viet Cong telah menganti serbuk cili dengan uniform dan seluar dalam milik tentera Amarika yang telah mati. Jadi, anjing pengesan tidak lagi bersin setiap kali menghidunya kerana bau yang dihidu itu adalah bau tentera Amarika," ujarnya.

Kami sempat melawat hospital, dapur, dan bilik masyuarat yang kesemuanya dihubungkan dengan laluan yang sempit. Duck turut menunjukkan lubang asap yang dibina kira-kira 100 meter dari dapur. "Ia direka agar tidak dapat dikesan oleh musuh dan jika dapat dikesan, Viet Cong sempat melarikan diri kerana jarak dapur dengan lubang asap ini adalah 100 meter.," ujarnya. Untuk memudahkan pelancung melihatnya, bilik bilik tersebut telah direka bentuk semula seperti asal dan berada di permukaan tanah. "Apa jadi dengan baki terowong  yang lain" tanya salah seorang rakan kami. "Oleh kerana torowong ini tidak digunakan lebih 30 tahun, beberapa bahagian telah runtuh. Terowong yang anda lihat adalah sebahagian daripada terowong asal," katanya sambil meminta kami menyusup masuk ke dalam terowong yang dibuka khusus untuk untuk pelancung. Terowong untuk pelancung ini hanya 30 meter dengan kedalaman enam meter.



Penulis bersama pasukan sorak Vietnam



Kami menjadi perhatian rakyat Vietnam

Agak cemas juga menempuh laluan terowong ini kerana gelap.... cepat... cepat jalan, jangan berhenti. Aku sudah sesak nafas ni!!" kata Tok Moh iaitu seorang teman yang berada di belakang aku ketika kami melalui terowong ini. Walaupun saiz terowong ini sudah dibesarkan daripada saiz asal, tetapi masih lagi kecil sehingga kami perlu membongkokkan badan untuk menempuh laluan ini. Sebaik sahaja melihat sejalur cahaya di hujung kanan terowong, aku terasa lega kerana dapat keluar dari terowong yang sempit ini. Tahniah anda berjaya. " kata Duck kepada kami yang masing-masing sibuk mengesat peluh di dahi.

Selain melawat terowong Cu Chi ini kami berpeluang melawat muzium Vietnam. Di muzium ini, terdapat artifak prasejarah Vietnam seperti peradapan proto-Vietnam, peradapan Dong Son dan kebudayaan Oc-E0 (Funan) di Selta Mekong, kerajaan Hindu Champa, kerajaan Kher dan sejarah Dinasti Vietnam. Kami juga sempat melawat kilang Samsung di Vietnam. Di sini diberi penerangan bagaimana kilang Samsung beroperasi oleh CEO kilang ini. Selepas makan tengahari, kami di bawa melawat dan melihat operator kilang Samsung sedang menjalankan tugas. Di sini barulah kami tahu bahawa gaji jurutera kilang Samsung adalah sama gaji operator kilang di Malaysia.

Pada malam terakhir, kami menikmati makan malam di sebuah kapal yang sedang belayar di Sungai Mekong. Kenangan seminggu di Vietnam memang sukar untuk dilupakan.

4 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Seronokkknye dapat peluang mcm nih,kan!
Nak pulokkk dpt bgambar dgn aweks yg putih melepak tuh.

;p

MUHAMMAD AZLI SHUKRI berkata...

akhirnya dapat juga aku letak komen kat sini...

denanz berkata...

bro zul,
ko memang hebat.

ZulDeanz berkata...

S.Yanaz

Best bergambar ngan awekz2 cun huhuhu...

Muhammad Azli
Terima Kasih kerana melawat blog saya

Denanz
Mana hebat... segan aku bila para editor baca...