Isnin, 28 Julai 2008

Gold Coast Kota Yang Mendamaikan


Bandaraya Gold Coast atau Surfers Paradise


Penulis berlatarkan bandaraya Brisbane

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Lapangan Antarabangsa Brisbane, Australia pada subuh 18hb Ogos 2003, terasa segar kembali tubuh badan 30 orang pemenang peraduan syarikat Hitachi selepas lapan jam dalam badan pesawat. Rombongan diterbangkan oleh pesawat MAS ke negeri barat Australia, Queenslands bagi menyaksikan keindahan alam semula jadi dan buatan manusia, iaitu dibina dengan bangunan pencakar langit yang berlatarkan pantai yang indah dan lautan biru iaitu Gold Coast atau di kenali sebagai Surfers Paradise.



Penulis bersama artis di hadapan Muzium Brisbane


Kenderaan yang bernama Aquaduck yang boleh di pandu di darat dan di atas air

Seperti diketahui umum, Gold Coast terkenal dengan taman tema yang menjadi tumpuan seperti Dream World, Sea World dan paling menjadi perhatian, Warner Bros Movie World. Kedatangan kami disambut bayu dingin musim luruh dan kemesraan masyarakatnya. Begitupun, perasaan teruja hilang seketika apabila menyaksikan ketegasan petugas kastam di sana. Nervous juga aku apabila disoal siasat hampir setengah jam lamanya dan bagasi diselongkar. Sementara paket makanan segera yang aku bawa turut dirampas.


Penulis diapit oleh petugas penjaga parking di Surfers Paradise


Penulis cuba mencuci mata di tepi pantai Gold Coast

Perasaan nervous kembali hilang apabila kami disambut mesra oleh pemandu pelancung di sana. Menyedari kepayahan dan kesukaran terpaksa dilalui beberapa ahli rombongan, pemandu pelancung kami menjelaskan, kerajaan Australia terpaksa bertindak tegas bagi melindungi industri pertanian, ternakan dan alam sekitar yang menjadi sumber ekonomi negara itu. Barang mentah dibawa pelancung, walaupun kecil, dikhuatiri memiliki bahan perosak yang boleh mengakibatkan merebaknya penyakit, bukan sahaja kepada manusia tetapi juga tumbuhan mahupun ternakan. Ternyata apa dikatakan pemandu pelancung itu bukan omongan kosong dan ketegasan itujelas dirasai apabila larangan turut dikuatkuasakan. Mengambil contoh, perokok tidak dibenarkan merokok di tempat umum walaupun ada di kawasan luar restoran dan kelab malam. Orang ramai hanya dibenarkan di tempat yang telah disediakan dan semua hotel di Gold Coast turut mengenakan undang-undang yang sama.

Pemandu pelancung itu menambah, sejak belakangan ini, statistik menunjukkan ramai remaja di Australia, terutamanya gadis, mula merokok ketika usia muda. Akibatnya penyakit barah berpunca daripada tabiat itu semakin tinggi dan ini meningkatkan lagi kos perubatan ditanggung kerajaan. Kempen kesihatan terhadapan penjagaan kesihatan turut dilakukan secara besar-besaran dan ia dapat dilihat menerusi iklan disiarkan di kaca televisyen di sana. Kanser menjadi musuh utama masyarakat di sana dan kerana itu Australia cuba membentuk rakyatnya supaya menjalani gaya hidup sihat.



Salah satu tarikan di pantai Gold Coast. Foto di atas sempat dirakam oleh rakan penulis huhuhhh...


Tiga watak super hero di Movie World

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Gold Coast, rombongan kami di bawa menaiki kenderaan yang bernama Aquaduck. Aquaduck ialah sebuah bas yang berbentuk itik yang boleh dipandu  di darat dan di atas air. Harga tiket Aquaduck ialah 32 dollar seorang. Selama satu jam kami dibawa mengelilingi bandar Gold Coast sambil menyaksikan pemandangan yang menarik.



Penulis bergambar kenangan dengan karektor Austin Power


Penulis bergambar kenangan bersama karektor super hero Cat Women di Movie World

Satu kerugian jika tidak ke taman tema seandainya berada di Gold Coast. Kami turut di bawa mencuba beberapa permainan mencabar, mengerunkan tetapi seronok di Dream World yang terletak di Dream World Park Way, Coomera dan Waner Bros World di Pacific Highway, Oxenford. Dream World memiliki permainan menarik seperti Tower of Terror berupa roller coaster terpantas bergerak dengan kelajuan 160 km/j dalam masa tujuh saat. Kelajuannya hampir menyamai kapal angkasa yang dilepaskan ke bulan. Pengunjung turut berpeluang menyaksikan beberapa haiwan eksotik yang ditempatkandi mini zoo mewakili empat kawasan meliputi Australia. Selain berhibur, Dream World memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar dan mengenali Australia dengan lebih dekat. Jika Dream World terkenal dengan Tower Of Terror, Movie World boleh berbangga dengan roller coaster yang mempunyai tahap kecuraman paling tajam dan menggerunkan. Istemewa juga di sini, anda boleh bergambar dengan karektor super hero dan kartun kegemaran. Bagusnya taman tema ini, ia dibina bagi memenuhi keseronokan seisi keluarga.



Penulis bersiar-siar di malam hari di bandar Gold Coast


Penulis berada di ladang kambing biri-biri

Rombongan turut di bawa melawat Sea Wold yang terletak lima minit perjalanan dari Sulfers Paradise. Menakjubkan apabila menyaksikan aksi ikan lumba-lumba yang jinak, beruang pola dan akuarium gergasi yang berisi ikan jerung. Penubuhan Sea World juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga hidupan laut yang semakin pupus. Ke mana sahaja kami pergi, pasti kelihatan pusat penerangan dan pendidikan mengenai kepentingan penjagaan flora dan fauna. Tidak kira di taman tema atau pusat penjagaan dan peliharaan haiwan liar. Bagi masyarakat Australia, melentur buluh biar dari rebungnya, dan mendidik anak supaya menjaga kebersihan dari awal sangat penting. Jadi selepas bertahun-tahun usaha itu dilakukan, akhirnya ia menemui kejayaan. Sepanjang di sana, rombongan kami dapat menyaksikan betapa disiplinnya masyarakat Australia. Bukti paling nyata sewaktu rombongan berada di sebuah pelabuhan, di situ tiada plastik sampah dan kelihatan di dalam laut. Malah, kejernihan airnya membolehkan kami melihat sekumpulan ikan berenan-renang di tiang jeti.



Penulis memerah susu lembu di ladang ternakan Lembu Susu

Penulis di tepi pelabuhan yang bersih dan cantik

Tidak kurang indahnya apabila kami berpeluang duduk di tepi pantai Surfer Paradise sepanjang 40 kilometer sambil menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Sambil duduk, kami menyaksikan ribuan masyarakat di sana beriadah dengan meluncur air., berkayak, berbasikal dan berjoging sambil menghirup udara bersih. Ternyata gaya hidup sihat yang cuba diperkenalkan kerajaan Australia semakin menjadi amalan rakyatnya. Kami bernasib baik kerana dapat menyaksikan minah-minah mat salleh berjemur memakai bikini tanpa memakai coli di tepi pantai ini. Pemandangan seperti ini adalah pemandangan biasa bagi penduduk tempatan tetapi bagi kami adalah satu pemandangan yang agak luar biasa...huhuhh...

Di waktu malam kami melakukan aktiviti bebas. Aku dan rakan sebilik, en. Jacob keluar menyaksikan keindahan malam di bandaraya ini. Suasana malam di bandaraya Gold Coast yang begitu hidup. Aku dapai ramai pelancung dari Asia Barat mencari hiburan di bandaraya ini. Gelagat mereka yang menjelekkan itu mengalahkan penduduk tempatan. Aku menyaksikan sendiri gelagat mereka memandu kereta dengan membuat bising membunyikan hon sambil menyanyi dan menari. Boring melihat gelagat mereka, kamipun memasuki sebuah kelab hiburan. Kali pertama dalam hidup aku dapat menyaksikan tarian tiger show, live di depan mata. Dengan hanya meminum segelas air coke, kami menyaksikannya hingga ke pagi

Sebelum terbang pulang menaiki pesawat MAS, aku terfikir mungkinkah satu hari nanti rakyat Malaysia memiliki tahap kesedaran tinggi bukan sahaja membabitkan kesihatan diri, tetapi juga kebersihan alam sekeliling sama seperti orang do Gold Coast? hanya masa dapat menentukan.

1 ulasan:

denanz berkata...

zul,
bila lagi nak ke sana. aku pun teriinginn sangat nak melihat pemandangan luar biasa di sana. hahahah.
aku pun nak merasa peluk pinggang penjaga parking di sana macam penulis tu jugak. hahaha.