Jumaat, 4 Julai 2008

Melancung ke Selatan Thailand


Suasana di bandar Hadyai di malam hari

Pada pertengahan bulan April 2001, aku mengikuti rombongan Badan Keluarga DBP ke Selatan Thailand. Kami menaiki sebuah bas persiaran yang di sewa khas. Kami bertolak dari DBP pada jam 10 malam dan sampai di Bukit Kayu Hitam pada keesokkan paginya. Setelah selesai urusan imigresen di sempadan, kami terus bertolak ke Hadyai yang jauhnya lebih kurang lima puluh kilometer sahaja.


Penulis bergambar kenagan di hadapan hotel penginapan

Apabila disebut Hadyai, Aku selalu berfikir mengenai Songkhla, manakala apabila bercakap mengenai Songkhla, aku akan teringatkan Hadyai. Sebenarnya kedua-dua bandar ini seperti bandar berkembar yang saling memerlukan. Kepentingan Hadyai dan Songhkla sudah berlangsung sejak sekiat lama. Jika kami mahu merasai keadaan yang aman dan suasana yang klasik boleh menginap di Songkhla manakala jika kami mahu membeli-belah boleh bershopping di Hadyai. Tetapi kami sungguh bertuah kerana telah merasai suasana kedua-dua tempat tersebut.


Penulis bergambar kenangan di sebuah tasik di Selatan Thailand

Kami memilih bershopping di bandar Hadyai kerana kemudahan perhidmatan di situ yang serba lengkap. Jadi, tidak hairanlah kenapa bandar ini begitu dikenali pelancung asing. Hadyai adalah pusat perniagaan dan komunikasi bagi wilayah Selatan Thailand. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Songkhla dan hampir dengan pintu keluar ke Malaysia dan singapura.


Penulis bergambar kenangan di Masjid Kerisi di Pattani 

Kami bershopping sakan di sekitar jalan Niphat 2 & 3, Jalan Sanahanusun dan Pasar Plaza, selaing gedung membeli-belah seperti Lee Graden Plaza, Central Department Store, expo Departmen Store, Odean Shopping Mall dan bermacam-macam shopping mall lagi.


Penulis bergambar kenangan dengan patung ikan duyung

Hadyai sebuah bandar moden yang dilengkapi premis perniagaan dengan lebih 70 buah hotel sedia menanti. Kunjungan pelancung asing yang mahu bershopping selain menikmati suasana malam yang hidup dengan amoi-amoi siam yang cun-cun... huhuhh... Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila rakan sebilik meminta aku keluar sebentar kerana beliau sedang melayan seorang amoi siam. Aku malas nak kecoh, akupun merayau-rayau di sekitar bandar Hadyai. aku dapati bandar ini sibuk dengan pergerakkan lalu lintas, tetapi aku tidak sukar bergerak kerana pemandu tuk-tuk sedia menghantar aku ke mana sahaja dengan membayar sepuluh Bath.


Penulis sedang bershopping di bazar Hadyai

Bila aku lapar, aku boleh mendapatkan makanan halal dengan mudah kerana terdapat banyak gerai dan restoran muslim di sini. Kira-kira 80 peratus penduduknya beragama Islam yang mendiami bandar lama Hadyai. Aku tentu sekali tidak akan melepaskan peluang menikmati tom yam, yang rasanya berbeza dengan tom yam yang biasa aku makan di Kuala Lumpur. Produk tempatan seperti biji gajus, udang bakar, keropok ikan, keropok udang, pakaian dan cendera hati boleh didapati dengan harga yang murah di kebanyakkan kedai di Hadyai. Menurut pemandu pelancung kami, jika bershopping di bazar pakai perlu memulakan tawaran harga kira-kira separuh daripada tanda harga barangan yang dijual. Cuma pastikan duit kami di poket mencukupi.

Tidak hairanlah ramai menyifatkan bandar Hadyai adalah sebuah bandar yang ceria dan menggelarkan sebagai 'Little Paris of the Southern of Thailand'.


Penulis bergambar kenangan di sebuah taman di Hadyai

Selain itu kami sempat juga melawat daerah Pattani, ketika itu suasana di sana masi aman. Kami juga sempat melawat masjid Kerisik dan beberapa kesan sejarah kesultanan Islam Pattani di Selatan Thailand. Setelah 4 hari 3 malam di Selatan Thailand kamipun pulang ke tanah air. Kenangan di Selatan Thailand memang sukar dilupakan.

Tiada ulasan: