Jumaat, 12 September 2008

Kekejaman Firaun


Penulis yang juga peminat seni terpegun dengan lukisan & ukiran Firaun ini

Malam tadi aku menonton dokumentari Ar-Risalah-Kalimullah di TV9. Dokumentari malam tadi mengisahkan kekejaman Ramsis II yang sanggup menyeksa isterinya sehingga mati kerana beriman kepada Allah. Sayang sekali, aku menonton dokumentari ini setelah melawat temple-temple Firaun di Egypt, tetapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya aku dapat mengatahui sejarah Firaun dan temple-temple yang sering diperkatakan itu.

Nefertari adalah seorang daripada isteri Firaun Ramsis II. Bagaimanapun bilangan sebenar pemaisuri Ramsis tidak diketahui tetapi beliau mempunyai lapan isteri rasmi, tidak termasuk dayang istana yang dijadikan gundik.

Lebih mengemparkan Ramsis II turut mengahwini anaknya sendiri iaitu Bentanat, Meritamon dan Nepettaui, juga adik perempuannya Henutmira.


Penulis berada di Al-Deair Al-Bahari Temple

Kematian Nefertari adalah satu kehilangan besar buat Ramsis II. Sebagai penghormatan terakhir, Ramsis membina makam indah memaparkan watak Neffertari berdampingan dengan tuhan Mesir kunu sebagai simbol kemuliaan.

Lukisan yang menghiasi setiap sudut makam pemaisuri kesayangan Ramsis II diiktiraf  'Egyptologist' atau pakar sejarah Mesir kuno sebagai yang terbaik dalam era Firaun. Tidak ada makam di Mesir yang boleh dibandingkan dari segi keindahan dan nilai artistik lukisan di makam itu.

Secara langsung ia mengambarkan betapa tingginya imaginasi dan kemahiran golongan artis dan karyawan ketika era Firaun Ramsis II.


Penulis berada di Al-Deir Al-Bahari temple

Berdasarkan kepercayaan Mesir kuno, Hathor adalah isteri kepada Ra', tuhan matahari. Tujuan Ramsis II mengaitkan Hathor dengan nama isterinya, Nefertari adalah semata-mata untuk meletakkan Nefertari di tempat paling mulia.

Jika Nefertari dan Ramsis II meneruskan tradisi penyembahan tuhan Mesir kuno, seorang daripada isteri Ramsis II dipercayai beriman kepada Allah SWT. Permaisuri yang dimaksudkan adalah Asiah atau Asit.


Penulis berada di Aswan Princes Tombs

Persamaan nama di antara Asit dan Isitnofret, isteri Ramsis II menarik perhatian banyak pihak. Malah, ada yang percaya Isitofret adalah Asit atau Asiah yang beriman kepada ajaran Nabi Musa.

Kisah isteri Firaun yang beriman diceritakan dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang mukmin iaitu perihal isteri Firaun, ketika ia berkata : Wahai Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisimu di dalam syurgamu dan selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim." (Surah at-Tahriim, ayat 11)


Penulis berada di The Valley of The Queens

Kezaliman Ramsis II tiada batasnya sehingga dia sanggup membunuh isterinya sendiri kerana beriman kepada Allah SWT. Beliau akhirnya menyeksa Asiah hingga mati. Meskipun ketika saat ajalnya hampir tiba, bibir Asiah masih mampu mengucap kalimah mengagungkan Ilahi.

Kebencian Ramsis kepada Asiah belum berakhir. Firaun itu mengarahkan nama Asiah dan semua catatan yang merujuk kepada permaisurinya itu dipadamkan dalam lipatan sejarah.


Penulis bersama petugas di Karnak Temple

Perdebatan mengenai Firaun yang memerintah Mesir ketika Nabi Musa. Bagaimanapun, ahli sejarah berpendapat Firaun yang dimaksudkan adalah Ramsis II dan semua ini dijelaskan dalam episod malam tadi, Al-Risaalah - Musa Kalimullah.

Turut dijelaskan dalam program ini, proses pengawetan mayat Firaun dan pembesar Mesir yang dilakukan sejurus selepas kematian mereka mengunakan garam natron dilakukan selama 40 hari sehingga air di dalam badan kering sepenuhnya.

Rempah dan minyak juga digunakan bagi menghilangkan bau. Bahan digunakan bukan sahaja didapati di Mesir, bahkan di bawa daripada Afrika dan Asia.

Melihat kepada kedudukan kedua-dua tangan mumia Ramsis II yang agak pelik, sesetengah sarjana berpendapat, proses mengawet mayat Ramsis II dilakukan selepas bertahun-tahun kematiannya.

2 ulasan:

rahimin idris berkata...

bang, firaun masa muda hensem tak?

ZulDeanz berkata...

Hehehe... saudara Rahimin, Hensem kot sebab mempunyai lapan isteri...