Sabtu, 13 September 2008

Kisah Firaun - Ramsis II


Teket Princes' Tombs

Ramsis adalah Firaun ketiga daripada dinasti ke 19 yang dilahirkan pada 1303 sebelum Masihi dan ditabalkan sebagai raja Mesir purba ketika berusia 24 tahun. beliau digelar Ramsis yang Agong kerana di percayai firaun paling lama hidup dan memerintah.

Ramsis II terkenal sebagai firaun yang membina banyak monumen. Beliau yang mengaku dirinya tuhan mengarahkan rakyat menbina patung dan obelisk bagi mengambarkan kehebatan kuasanya. Ramsis II juga terkenal mempunyai lapan isteri, tidak termasuk dayang sebagai gundik.


Teket masuk ke The Valley of The Kings

Tiga isteri beliau adalah anaknya sendiri, manakala seorang adalah saudara perempuannya. Firaun Ramsis II dikatakan mempunyai 198 anak.

Firaun yang memusuhi Nabi Musa adalah Firaun yang paling banyak membina monumen dan sebahagian besarnya sudah binasa. 


Teket masuk ke Al-Deir Al- Bahari Temple

Al-Quran tidak menyatakan nama Firaun yang hidup sezaman Nabi Musa, namun ada pihak percaya Firaun yang dimaksudkan itu adalah Ramsis II berdasarkan sejarahnya yang mempunyai banyak persamaan dengan kisah Firaun yang disebut dalam Al-Quran.

Ramsis II adalah Firaun yang zalim dan menyeksa Bani Israel di Mesir. Kekuasaannya mengambarkan dia adalah tuhan dan rakyat harus patuh kepada kehendaknya.


Teket masuk ke Edfu Temple

Ramsis II yang tidak mempercayai ajaran dibawa Nabi Musa membina pelbagai munumen tinggi untuk melihat Allah tetapi usaha itu sia-sia. Oleh itu, beliau mengarahkan rakyat membina patungnya seolah-olah dia mengatasi segala kekuasaan termasuk Tuhan Musa.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Firaun pula berkata: Wahai Hamaan. Binalah untuku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan yang hendak aku menujunya iaitu ke pintu langit supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta. demikianlah menghiasi oleh syaitan kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik serta ia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan." (Surah al- Mukmin, ayat 36)


Teket masuk ke Kalabsha Temple

Ramsis II mendirikan obelisk atau pasak melebihi 30 batang di setiap pelusuk Mesir dihiasi tulisan memujanya sebagai tuhan. Firaun tidak mahu rakyat lupa kepada kehebatannya, lantas menghantar obelisk ke setiap wilayahnya yang luas.

Dia mahu rakyat setiap masa dan di mana sahaja memujanya walaupun pusat pemerintahanya terletak jauh di Luxor. Dia berpendapat, kuasanya tidak padam selagi monumen ciptaannya tegak di seluruh Mesir.


Teket masuk ke Karnak Temple

Ramsis II menunggu musim banjir bagi menghanyutkan batu granit yang dipahat dengan ukiran dirinya ke seluruh wilayahnya. Berbanding monumen Firaun lain yang sudah musnah, monumen Ramsis II dapat dilihat ke hari ini - dibiarkan Allah untuk menceritakan kekuatan Ramsis II yang menyertai pelbagai peperangan bagi meluaskan kekuasaannya di muka bumi.


Teket masuk ke Luxor Temple

Antara tinggalan Ramsis II yang masyhur ialah monumen Ramesseum terletak di selatan Mesir. Satu lagi monumen kebesaran Ramsis II ditemui di Abu Simbel, terletak 1.200 kilometer di selatan Kaherah.


Teket masuk untuk menyaksi mumia Ramsis II di Muzium  Firaun di Cairo



Ia adalah kemuncak penghormatan Firaun itu kepada tuhan Mesir Kuno. Ramsis II mengangap matahari sebagai tuhan lantas membina monumen menghadap terbitnya fajar sebagai simbol mengagungkan matahari.

Ramsis II meninggal pada 1213 Sebelum Masihi pada usia 90 tahun selepas pemerintahan selama 67 tahun.

1 ulasan:

kikiEy berkata...

aku xsuka Ramsis ney.

kejam!