Rabu, 14 Oktober 2009

Majlis Hari Raya Aidilfitri Opis Aku

Pada 9 Oktober 2009 yang lalu, majikan penulis telah mengadakan satu majlis acara tahunan iaitu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Hadiah cabutan bertuah.

Menurut penganjur, tujuan dan matlamat majlis hari raya Aidilfitri ini ialah untuk merapatkan tali silaturrahim antara para pekerja dan sekali gus merapatkan ukhwah persahabatan antara pekerja sudah lama berkhimat dan pekerja yang masih baru. Hal ini dapat dilihat semasa majlis berlangsung dan sebelum majlis berlangsung. Namun begitu majlis ini sedikit tercalar kerana warga kerja dari bahagian percetakan memulaukan majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Salawat.

Penulis difahamkan, warga kerja bahagian percetakan memulau majlis ini berikutan keenganan pihak pengurusan memberi perlepasan kepada staff yang bekerja di shift petang disatukan menjadi satu shift sahaja di sebelah pagi. Penulis sedikit terkilan, mengapa masalah ini boleh terjadi di saat-saat majikan dan badan keluarga sedang merancang mengadakan majlis Aidilfitri di bulan Syawal ini?. Bagi penulis, masalah ini boleh selesaikan secara baik jika kedua belah pihak boleh bertolak-ansur. Majlis ini diteruskan juga walaupun ada sedikit masalah.

Menu istemewa setiap tahun, kambing panggang.

Tepat pukul 1030 pagi, majlis jamuan raya bermula dengan pengumuman kehadiran pengerusi, para pengarah dan tetamu kehormat. Majlis jamuan hari raya 2009 ini telah diceriakan dengan celoteh dan lawak jenaka pengerusi majlis, saudara Amran Omar dan saudara Ismail Ahmad. Mereka berbalas-balas pantun dan berjenaka, menghiburkan para tetamu yang hadir.

Selain kambing panggang, sate juga menjadi tumpuan.

Acara yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu ialah menjamu selera. Juadah majlis jamuan hari raya pada kali ini ialah kambing panggang, sate, nasi beriani, ayam masak merah, nasi impit, kuah kacang, laksa johor, acar dan buah-buahan sebagai pemanis mulut. Para tetamu beratur untuk mengambil makanan dan mereka menikmati makanan bersama rakan sekerja.

Tetamu sedang menikmati hidangan.

Majlis telah dihangatkan lagi dengan acara cabuatan nama bertuah. Sebanyak lebih 20 hadiah telah diperuntukan bagi acara ini. Tidak cukup dengan acara cabutan nama bertuah, majlis diserikan dengan sesi fotografi. Semua tetamu bergambar beramai-ramai bersama majikan. Kemudianya, para staff bergambar sesama mereka mengikut warna tema baju raya mereka (kuning, merah, hijau, biru, hitam, ungu dan lain-lain) dan mengikut batch.

Para tetamu sedang menanti acara cabutan nama bertuah.

Maljis ini disudahi dengan acara yang paling ditungu-tunggu oleh semua tetamu yang hadir iaitu pengumuman pakaian terbaik bagi tetamu lelaki dan tetamu wanita. Pemenang bagi acara ini berjaya membawa pulang hadiah cenderahati dan gelaran jejaka terhangat dan gadis teranggun. Pemenang bagi acara ini ialah saudara Razuan dan saudari Suraya.

Antara pemenang gadis teranggun dan jejaka terhangat.

Majlis jamuan raya tahun ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Masing-masing pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan yang jelas terpancar daripada wajah mereka. Apa yang lebih penting ukhwah antara warga pekerja berjaya dieratkan. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada hadapan.

Tiada ulasan: