Sabtu, 17 Oktober 2009

Rakan Persekolahan

Jam sudah melebihi 10.30 malam.

Dalam keadaan sunyi begini, siaran tv pun tiada yang menarik, penulispun mengadap laptop keseorangan. Anak dan ibunya telah melelapkan mata.

Entah kenapa, penulis cuba mengingat kembali rakan-rakan zaman persekolahan dahulu.

Pintu masuk Sek. Keb. Parit 13, Sungai Nibung, Sekinchan, Selangor.

Sekolah Kebangsaan Parit 13, Sungai Nibung, Sekinchan, Selangor. Dari darjah 1 hingga darjah 6, kami sentiasa dalam kelas yang sama, tiada perubahan sebab dari darjah 1 sehingga darjah 6 hanya satu kelas sahaja. Maklumlah murid tidak ramai. Penulis cuba menyenaraikan beberapa nama dan gelaran yang digunakan oleh mereka yang masih ada dalam ingatan. Seingat penulis, bilangan kami melebihi 30 orang dalam kelas tersebut.

Pak Im (Azhari), Amut (Ramli), Adik I (Kadir), Corek (Suhaimi), Calet (Hamid), Shahran, Baharin, Jamaludin, Mohd. Rosli Kamal, Rusani, Hoduri, Murad, Maznah, Salbiah ...

Itu sahaja senarai nama yang mampu penulis ingat pada hari ini setelah 28 tahun kami meninggal alam sekolah rendah.

Bangunan sekolah SK Parit 13. Penulis hanya sempat rakamkan foto ini melalui dalam kereta sahaja.

Apakah daya ingatan penulissemakin lemah atau masa telah menenggelamkan nama dan ingatan penulis terhadap mereka?

Entahlah, penulis sendiri tidak dapat mencari jawapannya...

Tiada ulasan: