Rabu, 6 November 2013

Pasar Malam Taman Melawati

Selalunya jika balik lewat dari pejabat, pada setiap hari Khamis, perkara wajib yang penulis akan buat ialah singgah di Pasar Malam Taman Melawati, Hulu Kelang.
Lauk pauk masakkan Kelantan.
Lauk pauk masakkan Kelatan yang enak.
Pasar malam ini di antara pasar malam yang terawal di Kuala Lumpur. Kebanyakan peniaganya bolehlah peniaga yang otai-otai belaka. Pada setiap menu makanan yang ada di situ memang superbly ada mempunyai citarasa yang klasik. Pada masa kini memang susah hendak mencari masakan yang ada cita rasa asli dan mengingatkan kembali pada zaman kita di kampung.
Nasi lemak bungkus.
Setiap pasar malam mesti ada sate.
Sudah namanya pasar malam. jadi, pelbagai barangan yang dijual di situ. Dari pakaian, perhiasan rumah, barangan dapur, barangan kering, barangan basah, dan sehinggalah ke variasi makanan dari segenap rantau Malaysia.
Pelbagai jenis ikan.
Barangan kering.
Jika sudah menjadi rakyat Malaysia, tidak sah jika kita tidak singgah di pasar malam. Pada masa ini pasar malam sudah ada di merata-rata. Tambahan lagi di Kuala Lumpur ini, di setiap taman perumahan atau seksyen pasti ada satu hari untuk pasar malam dalam seminggu.
Kueh mueh tradisional pun ada.
Katanya sate ikan.
Antara menu-menu yang membuatkan penulis sanggup datang ke pasar malam di Taman Melawati ini ialah keaslian masakan dari negeri Kelantan. Penulis sememangnya tidak melepaskan peluang hendak beratur untuk membeli nasi kerabu bersama daging bakar (terlalu ramai pelanggan, sampaikan kena ambil nombor giliran).
Ayam goreng ala KFC.
Sayuran kampung.
Di mana-mana pun kita akan melihat kuih Putu Mayam ini dijual oleh kaum India. Tetapi di pasar malam ini, kuih putu mayam ini dijual oleh remaja muda melayu yang gigih. Mungkin kuih ini mungkin kurang terkenal, tetapi bagi penulis lenguh juga tangan brader yang membuat dan memasak kuih ini kerana permintaan daripada pelanggan cukup menggalakkan.
Nasi Kerabu juga menjadi perhatian.
DVD movie terkini pun ada di sini.
Jika rajin explore ke setiap gerai pasar malam ini, anda pasti akan jumpa keropok udang home made. Pelbagai variasi bentuk dan warna keropok yang ada. Selain keropok udang, keropok ubi, keropok sotong dan ketam pun ada. Rasanya memang asli. Jika kita penah pergi kenduri kendara di Banting, Selangor atau di Batu Pahat, Johor, pasti kita pernah makan keropok ini sebab ianya sangat terkenal di kalangan masyarakat Jawa. 
Ayam panggang.
Pakaian Bundle juga menjadi perhatian.
Bagi penulis, Pasar Malam di Melawati ini ada kemeriahan tersendiri. Jika tidak, takkanlah penulis sanggup meredah kesesakan lalu lintas semata-mata nak ke Pasar Malam Melawati.

Tiada ulasan: