Jumaat, 1 November 2013

Sesekali ke Pasar Chow Kit

Penulis hanya berpeluang sesekali sekala pergi ke pasar pada sebelah siang kecuali pada hari cuti. Pada hari cuti pula kebanyakkan pasar tradisional atau pasaraya besar ini dipenuhi dengan pengunjung yang hendak membeli belah pelbagai barangan keperluan.
Pasar Chow Kit di hadapan Safuan Plaza.
Gerai di luar pasar Chow Kit iaitu di Jalan Raja Alang.
Penulis yang tinggal di Ampang yang berhampiran dengan Kuala Lumpur sangat bernasib baik kerana ada juga pasar tradisional yang di buka pada sebelah petang hingga ke malam. Dengan adanya pasar ini, penulis dapat membeli segala macam keperluan dapur seperti ikan, daging dan sayur cuma yang sukar hanyalah mencari tempat meletak kenderaan.
Suasana di dalam pasar Chow Kit yang basah dan kurang selesa.
Ikan tidak berapa segar di dalam pasar Cow Kit.
Pasar Chow Kit ini boleh juga digelar pasar muhibbah kerana yang Melayu beli pada Cina, yang Cina beli pada Melayu, yang India pula beli pada Cina, Melayu. Sistem perniagaan yang majmuk. Sangat istimewa. Tidak kira bangsa, agama. Pasar Chow Kit ini turut mendapat perhatian pelancong luar juga.
Daging lembu di pasar Chow Kit.
Daging ayam di pasar Chow Kit.
Pasar tradisional yang terletak di Jalan Raja Alang ini berhampiran dengan Plaza Safuan. Jika anda masuk dari kawasan Jalan Chow Kit, anda akan nampak bangunan Safuan ini terlebih dahulu dan jalan terus ke depan dan baharulah nampaklah pasar ini. Tetapi, jika anda memilih untuk masuk dari arah Kampung Baru, anda akan nampak Masjid Kampung Baru ini terlebih dahulu. Dari lampu isyarat hadapan masjid, anda akan nampak kawasan pasar ini yang terletak di hujung Jalan Raja Alang.
Sayur-sayuran di dalam pasar Chow Kiit juga tidak berapa segar.
Buah Manggapun ada.
Jalan Raja Alang ini akan di tutup pada sebelah petang disepanjang bulan Ramadhan tetapi sepanjang tahun pasar ini di buka seawal jam 7.00 malam sehinggalah lewat pagi dan di sini lah penulis selalu mengambil peluang untuk membeli apa saja keperluan dapur, termasuklah barangan dapur yang tiada di pasaraya moden.
Walaupun sempit dan tidak selesa tetapi masih jadi tumpuan pengunjung.
Mat Bangla berniaga ikan sungai di pasar Chow Kit?
Selain Pasar Pudu hanya pasar Chow Kit ini sahaja yang terletak betul-betul di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur ini dan disinilah segala macam barang keperluan yang anda perlukan boleh dibeli di pasar ini.
Sayuran kampung tetapi harganya boleh tahan.
Sayuran di luar pasar Cow Kit di Jalan Raja Alang lagi segar.
Apa yang penulis yang hendak sentuh di sini ialah tentang pasar basah Chow Kit yang keadaannya masih menyedihkan. Selain daripada keadaannya yang basah, kurang bersih dan tidak selesa, kebanyakan gerai yang menjual ikan, sayur dan buah-buahan dikendalikan oleh orang asing. 
Suasana Jalan Raja Alang menjelang senja.
Ikan kering pun ada.
Bagaimana orang asing ini boleh memiliki gerai-gerai tersebut tidak payahlah hendak pening kepala memikirkannya. Orang kita yang dapat lesen untuk menjalankan perniagaan tersebut sanggup menjual lesen mereka kepada orang asing.
Jalan Raja Alang tidak pernah sepi.
Gerai di hadapan Plaza Safuan nampaknya lebih bersih dan teratur.
Memang pasar ini di buka dari awal pagi tetapi penulis lebih suka datang pada waktu sebelah petang atau malam kerana lebih selesa dengan cuaca sejuk di sebelah malam. Bagi penulis, apabila berkunjung ke pasar di Jalan Raja Alang ini mengingatkan kembali kenangan manis ketika masa-masa lampau dan yang paling penting penulis dapat berbelanja di waktu malam.

Tiada ulasan: