Khamis, 31 Julai 2008

Luahan Perasaan


Kumputer ini yang menyebabkan kesemua fail kerja penulis hampir hilang

Pada 12hb Ogos 2004 yang lalu, ketika aku sibuk menyiapkan tugas-tugas terakhir untuk buku teks PJPK, satu musibah telah melanda pada diriku. Aku telah kehilangan fail kerja yang sangat penting akibat dari kerosakkan hardisk komputerku. Ketika itu, aku amat sedih dan sangat kecewa kerana telah dipersalahkan. Kekecewaan itu telah aku abadikan di ruangan blog fotopages pada tahun tersebut. Di bawah ini aku tuliskan semula luahan perasaan tersebut.

"Entah mengapa aku dilantik lagi sebagai designer buku teks pada tahun ini (2004) sedangkan aku bukannya ada kelulusan grafik. Oleh kerana sudah arahan aku terpaksalah melaksanakan tangungjawab tersebut. Pada tarikh 10hb Ogos 2004 adalah tarikh titik hitam dalam hidup aku kerana hardisk kumputerku rosak sehingga menyebabkan kesemua fail-fail kerja yang telah ku usahakan selama sepuluh bulan hilang begitu sahaja.

Aku telah dipersalahkan kerana tidak membuat back up terlebih dahulu. Sebenarnya, telah banyak kali aku back up fail tersebut, cuma fail yang terbaru, aku tidak sempat hendak back upnya. Lagipun hampir setiap hari reka letak buku ini sentiasa berubah kerana pembetulan teks dan ilustrasi serta foto. 

Takdir penentu segalanya, manalah aku tahu kumputer berjenama Apple Mac G4 yang berharga lebih lima ribu itu boleh rosak secara tiba-tiba. Hampir dua hari aku tidak tidur malam dan tidak selera makan kerana terpaksa membuat semula fail-fail kerja yang hilang itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Aku ditekan dan dipaksa membuat semula sebiji seperti fail asal yang hilang itu dan ditambah pula dete line percetakkan naskah contoh yang semakin hampir.

Masih kedengaran kata-kata editor yang mengatakan aku tidak layak membuat reka bentuk buka ini. Secara sinis mereka bertanya adakah aku dulu pernah berkerja sebagai pengawal keselamatan. Rupa-rupanya mereka masih lagi mengukit tugas lama aku. Akupun hairan, apa kena mengena bekas pengawal dengan kerosakan teknikal ini. Jika design buku ini tidak diterima logiklah juga.



Team buku PJPK sedang menjamu selera selepas mencari bahan di Majlis Sukan Negara

Hanya Allah Taala sahaja yang tahu keperitan dan kesengsaraan yang aku alami. Bagai mati hidup semula, pada tarikh 12hb Ogos 2004 pada jam 4.30 petang, dengan bantuan juruteknik syarikat, en. Sara telah berjaya menjumpai semula fail-fail kerja yang hilang itu. Aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada en. Sara kerana bersusah payah mencari fail-fail penting tersebut. Bayangkanlah jika fail-fail tersebut tidak dijumpai?... sudah tentu menjadi masalah besar. Terima kasih kepada penyelia abang Ben kerana memahami masalah yang aku hadapi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana memberi semangat dan sokongan moral. Tidak dilupakan, terima kasih kepada ilustrator en. Rosli Hamid kerana turut sama membantu menyusun semula semua ilustrasi yang berterabur itu.

Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang turut bersimpati terhadap diriku ini. Alhamdulillah buku yang aku tangani ini telah siap dan sekarang dalam proses naskah contoh. Harap-harap tiada masalah yang akan timbul selepas ini. Pada pandangan aku, pada masa hadapan, pihak pengurusan sepatutnya memilih designer yang ada kelulusan grafik supaya masalah yang serupa  seperti hard disk komputer rosak kembali berulang. 

Pada tarikh 20hb Ogos 2004 aku bercuti di Perth, Australia untuk merehatkan minda. Walau seronok manapun aku bercuti di sana, peristiwa dilemparkan PMS sehingga berselerak di atas lantai pada pagi 11hb Ogos tetap bersemadi di dalam ingatan"

Apabila aku membaca kembali luahan perasaan aku di atas, aku terasa seolah-olah baru semalam sahaja peristiwa itu berlaku. Ternyata kenangan berkerja bersama team buku ini terlalu sukar untuk dilupakan. Terlalu banyak kenangan pahit-manisnya.

1 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Aku faham...aku faham...

Ah,
sedihnye dibawa sampai ke Perth...iskh!iskh!