Isnin, 20 Oktober 2008

Eye On Malaysia


Sesekali berpeluang menyaksikan keindahan alam bersama insan yang tersayang, memang mendamaikan. Pemandangan indah yang disajikan membangkitkan ketenangan mengusik perasaan. Eye on Malaysia memberi perspektif baru bagi keluarga penulis yang mahu melihat seluruh bandar Kuala Lumpur dengan cara berbeza. Sungguh tidak disangka, kami mampu melihat pemandangan indah kotaraya metropolitan Kuala Lumpur dengan hanya berkunjung ke Tasek Titiwangsa.

Tetapi kini warga kota tidak berpeluang lagi menaiki Eye On Malaysia di Tasik Titiwangsa kerana Eye On Malaysia telahpun berpindah ke negeri Melaka Bandaraya bersejarah. Sesiapa yang belum berpeluang menaiki Eye on Malaysia, bolehlah berkunjung ke negeri Melaka bersama Dato Shah Rukh Khan....hehehe

2 ulasan:

Unknown berkata...

Huhu...Di KL pun saya tidak jejak, apatah lagi di Melaka. Tapi macam tertarik pula ke negeri SRK itu.

Ishan_Qureshi berkata...

Salam SAUDARA ZULDEANZ,

SRK dah dapat DATUK gara-gara buat filem kat Melaka walaupun dia bukan warganegara Malaya. Saudara pula telah promote Eye On Malaysia yang kini terletak di bumi Melaka, kerajaan Melaka tidak pula berikan darjah kebesaran DATUK tu kepada saudara walaupun saudara seorang warganegara Malaya. Oh Tuhan, dunia ini sungguh kijam...kijam..kijammm...telah tiada lagi keadilan di bumi bertuah Malaya ini:-)