Sabtu, 20 November 2010

Ayam Kampung Goreng Velodrom


Rasanya, baru dulu kemarin penulis dan rakan-rakan menjamu selera di gerai nasi ayam kampung di medan selera, velodrom, Bandar Tun Razak ini. Hari ini, sudah ada berita tentang restoran tersebut terkeluar di akhbar harian Kosmo.

Antara berita menarik di keratan akhbar tersebut ialah:

"Seorang pengujung dari Tasik Permaisuri, Tok Deanz, memberitahu, beliau sudah jatuh cinta dengan kelazatan ayam kampung dan masakan kampung lain seperti gulai ikan, masak lemak cili padi, kerabu dan banyak lagi di situ

"Bukan sahaja ayam kampung goreng yang menjadi pilihan di sini, tetapi juga kebanyakan menu masakan kampung dengan ulam-ulaman serta sambal belacan juga sedap" katanya.

Kata Tok Deanz lagi, walaupun harga ayam kampung goreng agak mahal berbanding ayam goreng biasa iaitu rm5.00 seketul, tetapi ia tetap berbaloi.

Sementara itu, seorang pereka grafik, Anjang 35, juadah nasi ayam kampung goreng menjadi menu hariannya bersama rakan sekerja.

"Selain gareng dan isinya lembut, ayam kampung goreng ini juga tidak berminyak," tambahnya.

2 ulasan:

Zanans berkata...

ade dgr citer peniaga masuk straw minuman ke dlm kuali goreng ayam snn nak ayam rangup... dh tau, rasa takut plak nak mkn lepas ni

Cikgooden berkata...

jika ke Ipoh, cuba nasi lemak ayam kampung...best..jika ke ipoah la...