Isnin, 12 Disember 2011

Kota Palembang

Walaupun kami ke bandaraya Palembang untuk menyokong atlit Malaysia yang bertanding di Sukan SEA, namun kami masih berkesempatan melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya ini. Entry kali ini penulis cuba menceritakan secara ringkas mengenai bandaraya ini yang penulis perolehi dari rakan-rakan Palembang dan sumber-sumber internet.

Pempek merupakan makanan popular di Palembang.

Bersama murid-murid sekolah di tebing Sungai Musi.

Kota Palembang merupakan bandar ke empat terbesar di Indonesia. Ia merupakan ibu kota wilayah Sumatera Selatan. Pada masa dahulu bandar ini merupakan pusat Kerajaan Sriwijaya, sebelum ianya berpindah ke daerah Jambi. Manakala Bukit Siguntang yang terletak di barat bandaraya Palembang, sehingga kini ia masih dianggap sebagai bekas tempat kesucian di masa lampau.

Majid Agong merupakan masjid terbesar di Palembang.

Jambatan Empera merupakan mercu tanda bandaraya Palembang.

Dahulu, Palembang pernah diserang beberapa kali oleh tentera Jawa pada tahun 990 dan kerajaan Chola pada tahun 1025. Akibat serangan tersebut, banyak kemusnahan telah berlaku. Namun kini, bandaraya Palembang semakin maju dan diperindahkan untuk dijadikan sebuah bandaraya antarabangsa.

Melihat perkambungan nelayan di Sungai Musi.

Bandaraya Palembang.

Kini, bandaraya Palembang telah menjadi sebuah bandar pelancongan air terindah yang digelar “Venice of the East”. Setelah Palembang menjadi sebagian dari kerajaan Majapahit sejak tahun 1293, bandaraya ini telah dipengaruhi oleh kebudayaan kaum Jawa. Manakala masyarakat Cina pula merupakan kaum terbesar di bandaraya ini.

Tiada ulasan: