Selasa, 13 Disember 2011

Liburan di Kota Palembang

Selain menyokong atlit Malaysia yang bertanding di Sukan SEA, kami juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik. Kami dibawa melawat ke Bukit Siguntang, lokasi yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. Di situ ada makam kerabat di raja Palembang dan monumen yang dibina untuk menggambarkan peristiwa bersejarah di situ. Difahamkan drama yang pernah ditayangkan di TV3, "Susuk" pernah membuat pengambarannya di sini.

Melawat Bukit Siguntang.

Melawat makam Puteri Kembang Dadar di Bukit Siguntang.

Kami juga melawat Pulau Kemaro, pulau yang dikaitkan dengan legenda Siti Fatimah. Dikatakan Siti Fatimah ini hidup pada abad ke 10 dan dia serta suaminya Tan Bon Ann telah terjun ke laut kerana hendak mengambil peti hadiah yang telah dibuang ke laut. Mengikut kepercayaan orang Cina Palembang, Pulau Kemaro dianggap keramat dan mereka mengadakan upacara keagamaan di situ.

Naga di Pulau Kemaro.

Sejarah Pulau Kemaro.

Jambatan Ampera merupakan jambatan yang merentasi Sungai Musi menuju kawasan sekitar menuju Bandar Lampong. Palembang sesak dengan penduduk, tambahan pula dengan kunjungan peserta Sukan SEA. Seperkara lagi, Palembang merupakan salah satu venue Sukan SEA kali ini.

Jambatan Empera.

Pemandangan bawah Jambatan Empera.

Sepanjang berada di sana, saya dapat melihat kurangnya kemudahan asas. Misalnya, bekalan air dan elektrik amat kurang. Ramai yang masih menggunakan sungai sebagai sumber air, mandi-manda, tempat menangkap ikan malah membuang air besar. Rumah-rumah mereka agak kecil dan tidak bercat.

Pemandangan perkampungan nelayan dari Sungai Musi.

Pemandangan suasana jalan raya di Palembang.

Penulis juga mendapati kurang sekali kemalangan jalan raya di sana. Nampaknya mereka lebih berhati-hati dan sabar di jalan raya. Pengalaman di Palembang amat menarik, berinformasi dan berguna buat penulis ke arah melengkapkan diri penulis sebagai insan di maya pana ini!

Tiada ulasan: