Selasa, 27 Disember 2011

Ombak Rindu

Kemarin penulis menonton filem Ombak Rindu di pawagam MBO Galaxy, Ampang. Pada mulanya penulis agak keberatan menonton filem ini kerana beranggapan filem ini hanyalah sebuah kisah cinta remaja sahaja. Memandangkan filem ini mendapat sambutan hangat, penulis cuba menontonnya. Agak memeranjatkan, masih ramai penonton walaupun sudah sebulan ditayangkan. Selalunya hanya filem aksi, komedi dan seram sahaja yang mendapat sambutan.

Maya Karin dan Aarin Aziz dalam babak filem ini.

Filem yang menjadi tumpuan orang ramai dan sedang hangat diperkatakan telah berjaya mencapai kutipan jutaan ringgit. filem yang di adaptasi dari novel “Ombak Rindu” ini menjadi kegilaan orang ramai dan para penonton sangat teruja menonton filem ini

Hampir sebulan ditayangkan, kutipan filem ini telahpun mencapai RM 11 juta dan bakal menjadi filem box office serta mampu mengatasi kutipan filem KL Gangter. Filem ini dibarisi pelakon popular seperti Maya Karin, Lisa Surihani dan Aaron Aziz yang memberikan satu impak kelainan.

Kepada yang masih belum menyaksikan filem ini, silalah ke pawagam sekarang kerana ia masih ditayangkan. Anda perlu menonton filem ini kerana ia akan memberi kesan imosi yang amat mendalam terhadap penontonnya. Isu ranjang filem ini juga turut diperkatakan dan menjadi kontroversi, namun penonton kini lebih bijak menilainya.

Foster filem Ombak Rindu.

Berikut merupakan serba sidikit perjalanan cerita filem ini. Cebisan karya Fauziah Ashar dari Novel Ombak Rindu.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Tiada ulasan: