Jom! kita terjah ke “Kampung Baru”. Kali ini penulis hendak kongsikan mengenai makanan orang Minangkabau iaitu “Sate Minang”. Minggu lepas, penulis tidak ingat hari apa, penulis ke Kampung Baru kerana ada pelbagai urusan di sana.
Gerai Sate Minang Kampung Baru. |
Setibanya di Kampung Baru, perut penulis terasa lapar. Penulispun ke Medan Selera Kampung Baru. Malangnya kebanyakan gerai di medan selera ini ditutup pada di sebelah malamnya. Nasib penulis agak baik, kerana ada peniaga sate yang menjual Sate Minang di hadapan medan selera tersebut.
Satu-satu gerai Sate Minang bergerak. |
Lokasi medan selera ini berhampiran dengan “Masjid Kampung Baru” Senang cakap berhampiran dengan “Jalan Raja Alang” Medan Selera ini memang popular dengan menu Nasi Lemak, Roti Canai dan Lontong Jawanya pada sebelah pagi...
Sate Minang kampung Baru. |
Special nyer makanan di gerai ini ialah “Satay Minang” nya. Sate Minang di sini memang lain dari sate biasa, dagingnya dipotong nipis dengan aroma kuahnya menaikkan selera penulis. Rasanya, jika makan satu set memang tidak mencukupi. Ada kemungkinan penulis akan tambah satu set lagi... hehehe...
Gerai Sate Minang bergerak di Kampung Baru. |
Pada hari itu penulis hanya memesan hanya 1 set iaitu 10 cucuk sate berserta kuah dan nasi impit. Daging satenya agak nipis berbanding sate biasa. Sate Minang ini sangat sedap dengan kuahnya yang berwarna kuning pekat. Apabila penulis makan, rupa-rupanya dagingnya digoreng terlebih dahulu kemudian dicucuk pula pada lidi, sebelum itu dagingnya diperap dengan pelbagai rempah yang membuatkan rasa sate ini bertambah sedap.
Sate Minang Danging dan Sate Minang Ayam. |
Orang selalu cakap “Orang tamak selalu rugi” Haaa... tetapi “penulis tamak memang tidak rugi” Memang segar, sedap dan terbaik. Semasa penulis pergi Bukit Tinggi dahulu, penulis sanggup cari, sebab hendak rasa satenya yang asli...
Jadi, pada sesipa yang teringinkan Sate Minang, adalah di rekomen 100% makan di gerai Kampung Baru ini, memang sedap dan terbaik.
1 ulasan:
Akan kesana sekarang! Hehehe :)
Catat Ulasan