Semalam ada urusan printing di Hulu Kelang. Semasa dalam perjalanan pulang, penulis ternampak sebuah gerai rojak bergerak. Sebuah lori/gerai bergerak yang berniaga makanan di tepi jalan. Penulispun singgah untuk mengisi perut.
Gerai Rojak bergerak di Batu Caves. |
Sementara menanti pesanan tiba, penulis sempatlah merakamkan beberapa keping gambar menarik di sekita gerai ini. Jom! kita layan gambar suasana menarik gerai rojak di Taman Samudera ini yang pelanggannya terdiri dari berbagai bangsa.
Si baju biru berkolar kuning adalah tauke gerai. |
Gerai rojak ini tidak terletak tepi jalan besar. Gerai ini teletak di tepi jalan kecil menuju ke Taman samudera, Batu caves. Disebabkan itu penulis boleh layan makan rojak ini kerana tidak terdedah dengan habuk dari kenderaan. Paling seronok sekali apabila menikmati rojak di tepi jalan sambil mendengar nyanyian peserta karaoke dari kedai bersebelahan..
Rojak Alia Batu Caves. |
Kebanyakan rojak mamak, tidak berapa mabeles kerana terlalu banyak dengan kueh kelapa atau tahu daripada cucur udang, berbeza dengan rojak di gerai melayu ini, cucur udangnya memang ranggup. Selain rojak, gerai ini ada menyediakan menu makanan lain seperti mee rebus, mee sup, laksa serta air minuman panas dan sejuk.
Ada gerai goreng pisang panas di sebelah gerai rojak. |
Rojaknya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Rojak ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti cucur udang, tauhu, taugeh, telur rebus, sengkuang dan timun. Tetapi, bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.
Kepada anda yang belum mencuba, jom lah singgah ke Taman Samudera. Dilain hari, penulis bercadang hendak mencuba mee rebus dan laksanya pula. Tidak puas rasanya makan makanan itu hari. Harga untuk makanan cuma RM 3.50 sahaja. Ianya antara yang termurah setakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan