Semalam, penulis makan nasi kandar di Restoran ZK. Restoran ini terletak di Kampung Attap. Restoran mamak ini menyediakan menu utamanya iaitu kari kepala ikan yang agak terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Di mana lokasi Kampung Attap? Jika anda mengatahui lokasi bangunan KWSG, anda mesti jumpa kawasan ini.
|
Berbaris panjang di Restoran ZK. |
|
Pelanggan bertambah ramai apabila keenakan kari kepala ikannya pernah keluar pada rancangan Majalah 3. |
Restoran ini dibuka setiap hari Isnin hingga hari Sabtu dan ditutup pada hari Ahad. Menu istimewa di waktu pagi adalah seperti roti canai, roti telur, roti bakar. Manakala jenis tosai pula seperti tosai rawa, tosai telur, tosai kertas. Penulis paling gemar makan tosai telur kerana ianya memang sedap serta mengenyangkan.
|
Kuah kari. |
|
Kari Kepala Ikan. |
Masalah diwaktu puncak adalah mencari tempat untuk meletak kenderaan. Oleh kerana restoran ini terletak paling hujung sekali, tempat meletak kenderaan adalah terhad. Disebabkan kari kepala ikan punya pasal, ada yang sanggup menanggung risiko meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama. Mereka tidak kisah kenderaan mereka kena saman atau diangkut oleh Polis atau DBKL.
|
Pekerja restoran sedang sibuk melayan pelanggan. |
|
Pelbagai lauk ada. |
Menu yang paling terkenal di restoran ini adalah kari kepala ikannya. Ada pelbagai saiz kepala ikan dihidangkan mengikut bilangan pelanggan dan kemampuan sipemakannya. Jika larat, seorang pun boleh menghabiskan satu kepala ikan itu. Harganya pun mengikut saiz iaitu diantara rm15 hingga rm80 satu kepala ikan.
|
Ayam goreng berempah. |
|
Sambal sotong. |
Antara menu lain yang ada di restoran ini adalah seperti sotong kari, ayam goreng madu, hati yam goreng, kambing kari, telur ikan goreng, bawang potong yang dicampur dengan kicap serta sayur taugeh goreng dan tidak ketinggalan papadum sebagai pelengkap makan.
|
Makan tengahari hari ini. |
|
Harga sepinggan nasi kandar. |
Jadi, pada sesipa yang teringinkan kari yang berunsurkan kepala ikan, adalah di rekomen 100% makan di restoran ini. memang sedap dan terbaik. Lokasinya di mana? Silalah cari sendiri lokasinya yer.. hehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan