Hari Khamis minggu lepas, penulis tidak berapa sihat. Badan penulis terasa seperti demam panas, selsema dan tekak terasa sakit. Ingatkan rasa demam selsema dan sakit tekak ini sekejap sahaja. Rupa-rupanya demam, selsema dan sakit tekak ini melarat sehingga ke malam. Keesokkannya, penulis bercadang hendak ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Klinik 1 Malaysia hanya 500 meter sahaja dari kediaman penulis. |
Selalunya penulis ke klinik penel untuk mendapatan rawatan. Oleh kerana penulis tidak larat hendak memandu dan klinik panel pula agak jauh, penulis bercadang mencari klinik yang berhampiran dengan kediaman penulis sahaja. Kebetulan ada sebuah klinik baharu di dibuka. Klinik itu ialah Klinik 1 Malaysia.
Klinik 1 Malaysia Taman Sri Watan. |
Klinik 1 Malaysia di Taman Seri Watan Ampang yang baharu sahaja di buka dua bulan yang lalu. Klinik ini memang berhampiran dengan kediaman penulis. Klinik ini yang dilancarkan di bawah label 1 Malaysia, banyak mendapat liputan meluas di media massa ketika ini. Jadi, penulis pun terfikir, inilah masanya yang sesuai untuk penulis menerima rawatan diklinik ini.
Kilinik 1 malaysia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam. |
Klinik 1 malaysia ini dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam. Semasa penulis pergi untuk mendapatan rawatan, jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Alhamdulillah, tidak ramai pesakit ketika itu. Memang waktu operasinya adalah betul-betul fleksibel. Klinik 1 Malaysia ini dibuka setiap hari termasuk cuti umum.
Nombor giliran. |
Dulu, klinik kesihatan sering menjadi perbualan akan kemesraan mereka dalam melayan pelanggan. Paling banyak memberi komen adalah isteri penulis sendiri. Setiap kali dia pulang dari klinik kesihatan, pasti akan ada sahaja yang tidak puas hati dari segi layananya.
Ruang menunggu yang selesa. |
Penulis sendiri tidak menafikannya. Penulis sendiri pernah mengalaminya ketika beberapa kali ketika menerima rawatan klinik kesihatan. Walaupun bukan semua, tetapi segelintir kakitangan klinik yang tidak melambangkan integriti klinik kesihatan itu sendiri. Walaubagaimanapun, lain tempat lain situasinya.
Memo yang ditampal. |
Klinik 1 Malaysia di Taman Sri Watan ini memberi layanan yang baik. Dari kuater pendaftaran sehingga ke bilik rawatan, semuanya memberi layanan yang baik. Sehingga Pembantu Perubatan boleh bergurau senda bersama-sama. Penulis cuma mengharapkan Klinik 1 Malaysia yang berada di kawasan lain juga mempunyai layanan yang sama seperti di Klinik 1 Malaysia Taman Sri Watan ini.
Perhatian sila bawa dokumen yang diperlukan. |
Walaupun hanya dikenakan bayaran RM1 untuk rawatan, layanan kepada pelanggan perlu tetap sama. Perlu diingatkan klinik 1 Malaysia hanya menjalankan pemeriksaan kesihatan yang biasa sahaja. Sebarang pemeriksaan lanjutan perlu di rujuk ke klinik kesihatan atau hospital.
3 ulasan:
Kat sini ada check up baby tak ya..
Klinik 1 Malaysia memang mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia. Anda boleh mendapatkan maklumat dan ulasan tentang Klinik 1 Malaysia dan klinik kerajaan lain di https://www.lookp.com/malaysia/klinik-kerajaan
Semoga membantu^^
Catat Ulasan