Rabu, 4 Jun 2014

Abg Long Fadil!...

Hari minggu yang lalu, penulis menghadiri majlis perkahwinan di dewan bankuet DBP. Dalam perjalanan pulang, penulis sempat singgah sebentar ke MBO Ampang untuk menonton wayang. Hari tersebut penulis sempat menonton wayang dan ternyata filem tempatan tidak mengecewakan.
Zizan sebagai hero dalam filem ini.
Abg Long Fadil arahan Shafiq Yusof menampilkan Zizan Razak sebagai tonggak utama. Watak utama ini dikembangkan berdasarkan watak pembantu dalam filem KL Gangster. Apabila disebut saja Zizan pasti elemen komedi tidak dapat dipisahkan.
Babak aksi Yassin juga kelakar.
Jalan cerita yang menarik ditambah dengan aksi-aksi bertenaga. Pasti ada yang mengatakan aksi dalam filem ini mengarut, bohong dan entah apa-apa tetapi tiada yang mustahil. Terutamanya melibatkan kekuatan manusia. Lagipun, kalau filem dari luar yang memaparkan cerita yang fantasi, tidak masuk akal dan tahyul boleh dilayan, kenapa tidak filem tempatan.
Zizan dan Shamsul.
Filem Abg Long Fadil ini mengetengahkan isu realiti yang digarap dengan baik. Sedikit sebanyak saya ternampak-nampak pengaruh filem Hong Kong seperti Kung Fu Hustle. Zizan ala-ala Stephen Chow pula. Namun, masih mengekalkan identiti Malaysia.
Tiga pendekar Kampung Berani.
Mungkin ada yang membandingkan cara pembikinan filem antara Syamsul dengan Shafiq. Ternyata walaupun adik beradik, masing-masing memiliki gaya tersendiri. Kelihatannya Shafiq gemar bermain dengan elemen psikologi. Jika dalam filem Saya Amat Mencintaimu (SAM), watak utamanya mempunyai masalah halusinasi keterlaluan, Abg Long Fadil pula selalu berimaginasi dan terbawa-bawa dengan kelibat kawan baiknya iaitu Malik (Aaron Aziz).
Salah satu babak aksi.
Amat tertarik dengan watak tiga pendekar. Ada gaya dan karakter tersendiri. Tidak lupa watak Adam dan Acai. Kamal Adli tampak tidak kekok beraksi. Tentu sekali hero Bio-Nik ini sudah biasa. Tauke pula mampu menjayakan wataknya dengan baik, keluar dari zon lawak Jambu.
Babak aksi yang menarik.
Terdapat juga babak-babak selingan yang mencuit hati. Kemunculan watak-watak yang mengingatkan kita pada filem Bohsia, KL Drift dan Gerak Khas memang tanpa diduga. Begitu juga Bumble Bee Transformer dan Iron Man versi Malaysia.
Teket menontong filem abg Long Fadil.
Secara keseluruhannya, Abg Long Fadil sebuah filem yang menghiburkan. Jika anda hendak menontonnya, buka fikiran dan jangan membandingkannya dengan filem luar. Sampai bila pun tidak akan sama kerana filem kita wajah kita.

Sumber: Google

Tiada ulasan: