Khamis, 12 Jun 2014

Kerana Terpaksa Aku Rela

Semenjak kebelakangan ini penulis terpaksa pulang awal kerana teruja hendak menonton drama bersiri slot Akasia di TV3 pada jam 7 petang, hari Isnin hingga Khamis. Nasib baiklah ada lebuhraya baharu, ini memudahkan penulis sampai ke rumah lebih awal.
Poster Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Drama bersiri ini merupakan adaptasi novelis popular iaitu Umie Nadzimah yang diarahkan oleh Azma Aizal Yusof dan nukilan skrip Mufid Shuhaimi.
Hero dan herein drama ini.
Kerana Terpaksa Aku Relakan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Izreen Azminda (Indah Halina) di samping pelakon-pelakon popular tanah air seperti Amar Baharin (Tajul Razin/Zen), Dian P Ramlee (Datuk Safiyah), Syafik Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asraf (Tajul Zahin), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), dan Afzan (Saiful).
Salah satu poster drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Drama baharu 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya, Pak Halim.
Salah satu poster menarik drama ini....
Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Saiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat.
Izreen, pelakon wanita utama drama Kerana Terpaksa Aku Relakan...
Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujur dia dibantu oleh Datuk Safiyah serta anaknya, Tajul Razin yang menemani ibunya walaupun berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.
Dua watak yang dibenci dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah pula dianggap sebagai anak derhaka dan memalukan keluarganya.

Mampukah Indah mengembalikan kebahagiaan selepas maruahnya dipermainkan oleh kakaknya sendiri?. Dan, tegakah dia memilih jejaka lain dalam hidupnya selepas perkahwinannya hancur sehari sebelum dia bernikah?. dan... penulis terpaksa menonton drama ini selanjutnya untuk mengetahui kisah seterusnya. 

Khabarnya semasa tengah shooting drama ini, Izreen bercerai dengan suaminya, moga izreen tabah dengan dugaan ini.

Sumber: Google

Tiada ulasan: