Isnin, 23 Jun 2014

Pengantin Malam!

Cuaca panas sekarang. Disebabkan itu penulis tidak berapa selesa apabila berada di rumah terutama disebelah petang. Penulis pun bercadang-cadang hendak keluar mencari-cari tempat-tempat yang sejuk. Tiba-tiba penulis terfikir hendak menonton wayang gambar sahaja. Penulis pun ke panggung MBO di Glaxy Ampang untuk menonton wayang.
Poster Pengantin Malam.. Footo google.
Kebetulan pada masa tersebut cerita Pengatin Malam akan ditayangkan. Tanpa membuang masa, penulispun beratur untuk membeli teket untuk menonton filem tersebut. Mata penulis kembali segar apabila menonton filem seram ini. Walaupun sebelum ini mata penulis agak mengantuk kerana berjaga malam akibat menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia.
Poster dan teket.
Cerita ini bermula dengan MAYA, yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya. Dia melanggar seorang gadis bernama LAILA dan menyebabkan kematiannya. Daripada kemalangan, Maya kehilangan separuh dari ingatan beliau dan cuba untuk ingat masa lalu selepas pulih daripada koma.
Teket menonton wayang "Pengantin malam".
Razif, suami Maya cuba untuk melupakan apa yang telah berlaku kepada Maya. Razif cuba membuatkan maya melupai kisah lama dan buat Maya rasa bersalah. Razif akhirnya membawa Maya ke satu villa untuk mencari ketenangan. Dalam masa yang sama, Razif tidak mahu Maya cuba untuk mengingati kembali kes kemalangan yang menyebabkan kematian Suzana.
Wajah Nora Danish apabila disolek menjadi seram.. Foto google.
Dalam perjalanan ke vila, Maya merasakan bahawa dia telah melalui jalan dan dia merasa seperti ada kisah masa lalu yang dahsyat di kawasan tersebut, tetapi masih tidak boleh ingat apa kisahnya. Semasa tinggal di vila, Maya mula merasakan sesuatu yang berlaku kepada beliau.
Hero dan heroin filem " Pengantin Malam". Foto google
Dia melihat bayang seorang wanita dalam pakaian pengantin putih agak kotor, berkaki ayam, tudung dan sering muncul dimana saja Maya pergi. Hampir setiap hari dia diganggu dengan bayangan tersebut yang dia dapat rasakan bahawa Razif tahu tentang semua ini dan yakin bahawa Razif sedang menyembunyikan sesuatu dari Maya. Maya juga merasakan bahawa kelibat perempuan berpakaian pengantin adalah Laila.
Salah satu babak dalam filem pengantin malam. Foto google.
Dia mencari jawapan yang pasti sehingga Razif akhirnya membongkar kebenaran tentang Suzana. Apakah rahsia itu? Apa yang perlu dilakukan dalam hidup Razif Laila dan Maya? Sila tonton Pengantin Malam di pawagam yang berhampiran tempat anda.
Menarik ke tidak jalan ceritanya, tepuk dada tanyalah selera. Semua ini adalah citarasa masing-masing. Citarasa masing-masing adalah berbeza-beza. Jika anda rasa tertarik sila menonton filem ini....

Tiada ulasan: