Selasa, 11 Februari 2014

Rojak Kedai Makan Kasim

Hari Sabtu lalu, penulis menonton perlawanan bolasepak di padang HKL. Semasa dalam perjalanan pulang, perut penulis terasa lapar. Penulispun singgah ke Medan Selera Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru. Dalam banyak-banyak kedai makan di medan selera tersebut, penulis tertarik dengan Kedai Makan Kasim.
Kedai Makan Kasim
Oleh kerana sudah petang, menu yang ada hanyalah rojak dan roti bakar sahaja. Penulis memesan rojak dan segelas kopi O panas. Sementara menanti pesanan tiba, penulis sempatlah merakamkan beberapa keping gambar menarik di gerai ini. Jom! kita layan gambar suasana menarik di medan selera ini.
Rojak Mamak kasim.
Malangnya rojak di kedai makan ini tidak berapa mabeles kerana terlalu banyak dengan kueh kelapanya. Manakala tauhu dan cucur udangnya sangat sedikit. Selain rojak, gerai ini ada menyediakan makanan lain seperti nasi goreng, mee rebus, mee sup, mee goreng, roti bakar serta air minuman minuman panas dan sejuk.
Kueh kelapa yang agak keras.
Penulis tidak dapat menghabiskan rojak ini kerana terlalu banyak dengan kueh kelapanya. Penulis memang tidak gemarkan kueh kelapanya kerana kuehnya agak keras. Nasib baik rojak ini dilengkapi dengan cucur udang, tauhu, taugeh, telur rebus, sengkuang dan timun. Walaupun ramuan ini tidak banyak, tetapi sudah cukup menyelerakan penulis. Tetapi, bahan utama yang menjadi kesukaan penulis ialah kuahnya. Kuahnya memang sedap dan terbaik.
Suasana medan selera.
Kepada anda yang ingin mencuba makanan di kedai makan ini, jom lah singgah ke Medan Selera Jalan Raja Muda Musa ini. Dilain hari, penulis bercadang hendak mencuba nasi ayam di kedai makan bersebelahanya pula. Ramai yang kata nasi ayam nya sedap!.

Isnin, 10 Februari 2014

Klinik 1 Malaysia Taman Sri Watan...

Hari Khamis minggu lepas, penulis tidak berapa sihat. Badan penulis terasa seperti demam panas, selsema dan tekak terasa sakit. Ingatkan rasa demam selsema dan sakit tekak ini sekejap sahaja. Rupa-rupanya demam, selsema dan sakit tekak ini melarat sehingga ke malam. Keesokkannya, penulis bercadang hendak ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Klinik 1 Malaysia hanya 500 meter sahaja dari kediaman penulis.
Selalunya penulis ke klinik penel untuk mendapatan rawatan. Oleh kerana penulis tidak larat hendak memandu dan klinik panel pula agak jauh, penulis bercadang mencari klinik yang berhampiran dengan kediaman penulis sahaja. Kebetulan ada sebuah klinik baharu di dibuka. Klinik itu ialah Klinik 1 Malaysia.
Klinik 1 Malaysia Taman Sri Watan.
Klinik 1 Malaysia di Taman Seri Watan Ampang yang baharu sahaja di buka dua bulan yang lalu. Klinik ini memang berhampiran dengan kediaman penulis. Klinik ini yang dilancarkan di bawah label 1 Malaysia, banyak mendapat liputan meluas di media massa ketika ini. Jadi, penulis pun terfikir, inilah masanya yang sesuai untuk penulis menerima rawatan diklinik ini.
Kilinik 1 malaysia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.
Klinik 1 malaysia ini dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam. Semasa penulis pergi untuk mendapatan rawatan, jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Alhamdulillah, tidak ramai pesakit ketika itu. Memang waktu operasinya adalah betul-betul fleksibel. Klinik 1 Malaysia ini dibuka setiap hari termasuk cuti umum.
Nombor giliran.
Dulu, klinik kesihatan sering menjadi perbualan akan kemesraan mereka dalam melayan pelanggan. Paling banyak memberi komen adalah isteri penulis sendiri. Setiap kali dia pulang dari klinik kesihatan, pasti akan ada sahaja yang tidak puas hati dari segi layananya.
Ruang menunggu yang selesa.
Penulis sendiri tidak menafikannya. Penulis sendiri pernah mengalaminya ketika beberapa kali ketika menerima rawatan klinik kesihatan. Walaupun bukan semua, tetapi segelintir kakitangan klinik yang tidak melambangkan integriti klinik kesihatan itu sendiri. Walaubagaimanapun, lain tempat lain situasinya.
Memo yang ditampal.
Klinik 1 Malaysia di Taman Sri Watan ini memberi layanan yang baik. Dari kuater pendaftaran sehingga ke bilik rawatan, semuanya memberi layanan yang baik. Sehingga Pembantu Perubatan boleh bergurau senda bersama-sama. Penulis cuma mengharapkan Klinik 1 Malaysia yang berada di kawasan lain juga mempunyai layanan yang sama seperti di Klinik 1 Malaysia Taman Sri Watan ini.
Perhatian sila bawa dokumen yang diperlukan.
Walaupun hanya dikenakan bayaran RM1 untuk rawatan, layanan kepada pelanggan perlu tetap sama. Perlu diingatkan klinik 1 Malaysia hanya menjalankan pemeriksaan kesihatan yang biasa sahaja. Sebarang pemeriksaan lanjutan perlu di rujuk ke klinik kesihatan atau hospital.

Jumaat, 7 Februari 2014

Pekena Rojak Melayu di Batu Caves

Semalam ada urusan printing di Hulu Kelang. Semasa dalam perjalanan pulang, penulis ternampak sebuah gerai rojak bergerak. Sebuah lori/gerai bergerak yang berniaga makanan di tepi jalan. Penulispun singgah untuk mengisi perut.
Gerai Rojak bergerak di Batu Caves.
Sementara menanti pesanan tiba, penulis sempatlah merakamkan beberapa keping gambar menarik di sekita gerai ini. Jom! kita layan gambar suasana menarik gerai rojak di Taman Samudera ini yang pelanggannya terdiri dari berbagai bangsa.
Si baju biru berkolar kuning adalah tauke gerai.
Gerai rojak ini tidak terletak tepi jalan besar. Gerai ini teletak di tepi jalan kecil menuju ke Taman samudera, Batu caves. Disebabkan itu penulis boleh layan makan rojak ini kerana tidak terdedah dengan habuk dari kenderaan. Paling seronok sekali apabila menikmati rojak di tepi jalan sambil mendengar nyanyian peserta karaoke dari kedai bersebelahan..
Rojak Alia Batu Caves.
Kebanyakan rojak mamak, tidak berapa mabeles kerana terlalu banyak dengan kueh kelapa atau tahu daripada cucur udang, berbeza dengan rojak di gerai melayu ini, cucur udangnya memang ranggup. Selain rojak, gerai ini ada menyediakan menu makanan lain seperti mee rebus, mee sup, laksa serta air  minuman panas dan sejuk.
Ada gerai goreng pisang panas di sebelah gerai rojak.
Rojaknya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Rojak ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti cucur udang, tauhu, taugeh, telur rebus, sengkuang dan timun. Tetapi, bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.

Kepada anda yang belum mencuba, jom lah singgah ke Taman Samudera. Dilain hari, penulis bercadang hendak mencuba mee rebus dan laksanya pula. Tidak puas rasanya makan makanan itu hari. Harga untuk makanan cuma RM 3.50 sahaja. Ianya antara yang termurah setakat ini. 

Khamis, 6 Februari 2014

Pekena Sate Minang di Kampung Baru

Jom! kita terjah ke “Kampung Baru”. Kali ini penulis hendak kongsikan mengenai makanan orang Minangkabau iaitu “Sate Minang”. Minggu lepas, penulis tidak ingat hari apa, penulis ke Kampung Baru kerana ada pelbagai urusan di sana.
Gerai Sate Minang Kampung Baru.
Setibanya di Kampung Baru, perut penulis terasa lapar. Penulispun ke Medan Selera Kampung Baru. Malangnya kebanyakan gerai di medan selera ini ditutup pada di sebelah malamnya. Nasib penulis agak baik, kerana ada peniaga sate yang menjual Sate Minang di hadapan medan selera tersebut.
Satu-satu gerai Sate Minang bergerak.
Lokasi medan selera ini berhampiran dengan “Masjid Kampung Baru” Senang cakap berhampiran dengan “Jalan Raja Alang” Medan Selera ini memang popular dengan menu Nasi Lemak, Roti Canai dan Lontong Jawanya pada sebelah pagi...
Sate Minang kampung Baru.
Special nyer makanan di gerai ini ialah “Satay Minang” nya. Sate Minang di sini memang lain dari sate biasa, dagingnya dipotong nipis dengan aroma kuahnya menaikkan selera penulis. Rasanya, jika makan satu set memang tidak mencukupi. Ada kemungkinan penulis akan tambah satu set lagi... hehehe...
Gerai Sate Minang bergerak di Kampung Baru.
Pada hari itu penulis hanya memesan hanya 1 set iaitu 10 cucuk sate berserta kuah dan nasi impit. Daging satenya agak nipis berbanding sate biasa. Sate Minang ini sangat sedap dengan kuahnya yang berwarna kuning pekat. Apabila penulis makan, rupa-rupanya dagingnya digoreng terlebih dahulu kemudian dicucuk pula pada lidi, sebelum itu dagingnya diperap dengan pelbagai rempah yang membuatkan rasa sate ini bertambah sedap.
Sate Minang Danging dan Sate Minang Ayam.
Orang selalu cakap “Orang tamak selalu rugi” Haaa... tetapi “penulis tamak memang tidak rugi” Memang segar, sedap dan terbaik. Semasa penulis pergi Bukit Tinggi dahulu, penulis sanggup cari, sebab hendak rasa satenya yang asli... 

Jadi, pada sesipa yang teringinkan Sate Minang, adalah di rekomen 100% makan di gerai Kampung Baru ini, memang sedap dan terbaik. 

Rabu, 5 Februari 2014

Pekena Kari Kepala Ikan

Semalam, penulis makan nasi kandar di Restoran ZK. Restoran ini terletak di Kampung Attap. Restoran mamak ini menyediakan menu utamanya iaitu kari kepala ikan yang agak terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Di mana lokasi Kampung Attap? Jika anda mengatahui lokasi bangunan KWSG, anda mesti jumpa kawasan ini.
Berbaris panjang di Restoran ZK.
Pelanggan bertambah ramai apabila keenakan kari kepala ikannya pernah keluar pada rancangan Majalah 3.
Restoran ini dibuka setiap hari Isnin hingga hari Sabtu dan ditutup pada hari Ahad. Menu istimewa di waktu pagi adalah seperti roti canai, roti telur, roti bakar. Manakala jenis tosai pula seperti tosai rawa, tosai telur, tosai kertas. Penulis paling gemar makan tosai telur kerana ianya memang sedap serta mengenyangkan.
Kuah kari. 
Kari Kepala Ikan.
Masalah diwaktu puncak adalah mencari tempat untuk meletak kenderaan. Oleh kerana restoran ini terletak paling hujung sekali, tempat meletak kenderaan adalah terhad. Disebabkan kari kepala ikan punya pasal, ada yang sanggup menanggung risiko meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama. Mereka tidak kisah kenderaan mereka kena saman atau diangkut oleh Polis atau DBKL.
Pekerja restoran sedang sibuk melayan pelanggan.
Pelbagai lauk ada.
Menu yang paling terkenal di restoran ini adalah kari kepala ikannya. Ada pelbagai saiz kepala ikan dihidangkan mengikut bilangan pelanggan dan kemampuan sipemakannya. Jika larat, seorang pun boleh menghabiskan satu kepala ikan itu. Harganya pun mengikut saiz iaitu diantara rm15 hingga rm80 satu kepala ikan.
Ayam goreng berempah.
Sambal sotong.
Antara menu lain yang ada di restoran ini adalah seperti sotong kari, ayam goreng madu, hati yam goreng, kambing kari, telur ikan goreng, bawang potong yang dicampur dengan kicap serta sayur taugeh goreng dan tidak ketinggalan papadum sebagai pelengkap makan.
Makan tengahari hari ini. 
Harga sepinggan nasi kandar.
Jadi, pada sesipa yang teringinkan kari yang berunsurkan kepala ikan, adalah di rekomen 100% makan di restoran ini. memang sedap dan terbaik. Lokasinya di mana? Silalah cari sendiri lokasinya yer.. hehehe....

Jumaat, 24 Januari 2014

Bengkel B. Teks Pembetulan PMS - 100%

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks untuk Pembetulan PMS 100% kedua di Best Western Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan melalui kamera handphone.
Best Western Hotel.
Check in.
Bilik hotel.
Suasana bengkel.
Serapan pagi.
Banyak pembetulan.
Sasana bengkel.
Makan Tengahari.
Suasana Bengkel.
Minum petang.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk di hantar ke Kementerian Pelajaran pula.

Khamis, 23 Januari 2014

Teringin Makan Ikan Bakar Taman Maluri plaks!

Hari ini entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis teringin hendak makan ikan bakar pula. Penulis pun teringatkan ikan bakar di belakang Istana Negara yang dikatakan sedap. Tetapi, apabila memikirkan waktu lunch, penulis tidak sangguplah hendak drive ke sana.
Kedai makan ikan bakar Taman Maluri Cheras.
Kedai makan ikan bakar di belakang Pasaraya AEON Taman Maluri.
Jadi, penulis teringatkan ada sebuah kedai makan tengah hari yang menyediakan menu masakkan ikan bakar di belakang Pasaraya Jaya Jusco kini Pasaraya Aeon di Taman Maluri, Cheras. Thanks, lah kepada Kak Adi, rakan sepejabat yang memperkenalkan kedai makan ini kepada penulis.. hehehe
Antara ikan yang di bakar.
Ikan Bakar yang menyelerakan.
Dari pejabat, penulis pun drive ke Taman Maluri. Ketika drive di Jalan Loke Yew sehingga ke Jalan Cheras, jalan sudah jammed.. huhu... Memang seksa betul. Tetapi demi ikan bakar, penulis gagahkan juga. Setibanya di kedai makan tersebut, memang ramai pelanggan yang sedang makan tengahari. Allamdulillah, pelbagai jenis ikan bakar masih ada lagi. Memang sudah rezeki penulis hendak makan ikan bakar hari ni..
Selain ikan bakar menu masakkan lain pun ada.
Kebanyakkan pelanggannya adalah kakitangan pasaraya AEON.
Pada keseluruhannya penulis sangat berpuas hati makan ikan bakar di sini. Sambal cicah ikan bakar disini memang terbaik dan menaikkan selera makan penulis. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini memang terbaik. Bagi mendapatkan rasa yang lebih terbaik, anda boleh minta perisa rempahnya dicurahkan terus ke ikan bakar anda..
Waktu puncak memang ramai pelanggan.
Suasana tengahari.
Selain ikan bakar, pelbagai menu masakan kampung juga ada di sini. Kesemua menu agak menyelerakan cuma harganya boleh tahan juga. Walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi sangat berbaloi kerana menu masakkannya memang sedap dan terbaik. Cuma penulis tidak boleh makan selalu di sini. Cuma time-time gaji boleh lah hehehe...
Sementara menanti ikan bakar.....
Ikan Keli Bakar dicurah dengan rempah....
Kepada anda yang hendak pergi kedai makan makcik ini, kedai makan ini dibuka pada waktu makan tengah hari. Jika tidak silap di buka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat Pada hari Sabtu, penulis x sure.. Location kedai makan ini betul-betul di belakang pasaraya Aeon di Taman Maluri...
Ikan Keli Bakar.
Agak mahal tetapi berbaloi.
Restoran Pizza Hut juga ada di belakang Pasaraya Aeon Taman Maluri ini. Dari Restoran Pizza Hut, anda sudah boleh ternampak kedai makan makcik di corner tu. Ada peniaga jual pisang goreng and ada stall burger juga di hadapan kedai makan makcik tu.....