Hari ini entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis teringin hendak makan ikan bakar pula. Penulis pun
teringatkan ikan bakar di belakang Istana Negara yang dikatakan sedap. Tetapi,
apabila memikirkan waktu lunch, penulis tidak sangguplah hendak drive
ke sana.
|
Kedai makan ikan bakar Taman Maluri Cheras. |
|
Kedai makan ikan bakar di belakang Pasaraya AEON Taman Maluri. |
Jadi, penulis teringatkan ada sebuah kedai makan tengah hari yang menyediakan menu masakkan ikan bakar di belakang Pasaraya Jaya Jusco kini Pasaraya Aeon di Taman Maluri, Cheras. Thanks, lah kepada Kak Adi, rakan sepejabat yang
memperkenalkan kedai makan ini kepada penulis.. hehehe
|
Antara ikan yang di bakar. |
|
Ikan Bakar yang menyelerakan. |
Dari pejabat, penulis pun drive ke Taman Maluri. Ketika drive di Jalan
Loke Yew sehingga ke Jalan Cheras, jalan sudah jammed.. huhu... Memang
seksa betul. Tetapi demi ikan bakar, penulis gagahkan juga. Setibanya
di kedai makan tersebut, memang ramai pelanggan yang sedang makan
tengahari. Allamdulillah, pelbagai jenis ikan bakar masih ada lagi.
Memang sudah rezeki penulis hendak makan ikan bakar hari ni..
|
Selain ikan bakar menu masakkan lain pun ada. |
|
Kebanyakkan pelanggannya adalah kakitangan pasaraya AEON. |
Pada keseluruhannya penulis sangat berpuas hati makan ikan bakar di
sini. Sambal cicah ikan bakar disini memang terbaik dan menaikkan
selera makan penulis. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini memang
terbaik. Bagi mendapatkan rasa yang lebih terbaik, anda boleh minta perisa
rempahnya dicurahkan terus ke ikan bakar anda..
|
Waktu puncak memang ramai pelanggan. |
|
Suasana tengahari. |
Selain ikan bakar, pelbagai menu masakan kampung juga ada di sini.
Kesemua menu agak menyelerakan cuma harganya boleh tahan juga.
Walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi sangat berbaloi kerana menu
masakkannya memang sedap dan terbaik. Cuma penulis tidak boleh makan selalu di
sini. Cuma time-time gaji boleh lah hehehe...
|
Sementara menanti ikan bakar..... |
|
Ikan Keli Bakar dicurah dengan rempah.... |
Kepada anda yang hendak pergi kedai makan makcik ini, kedai makan ini
dibuka pada waktu makan tengah hari. Jika tidak silap di buka pada
setiap hari Isnin hingga Jumaat Pada hari Sabtu, penulis x
sure.. Location kedai makan ini betul-betul di belakang pasaraya Aeon
di Taman Maluri...
|
Ikan Keli Bakar. |
|
Agak mahal tetapi berbaloi. |
Restoran Pizza Hut juga ada di belakang Pasaraya Aeon Taman Maluri
ini. Dari Restoran Pizza Hut, anda sudah boleh ternampak kedai makan makcik
di corner tu. Ada peniaga jual pisang goreng and ada stall burger juga di hadapan kedai makan makcik tu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan