Ahad, 5 Januari 2014

Pekena Rojak Cendol Mamak Bandar Baru Ampang

Selepas menonton filem Jackie Chan, perut penulis terasa lapar. Semasa dalam perjalanan pulang, penulis ternampak sebuah gerai mamak. Sebuah lori/gerai bergerak yang berniaga rojak dan cendol di tepi jalan. Penulispun singgah untuk mengisi perut.
Lori bergerak gerai mamak cendol Bandar Baru Ampang.
Sementara menanti pesanan tiba, penulis sempatlah merakamkan beberapa keping gambar menarik di gerai ini. Jom! kita layan gambar suasana menarik gerai rojak di Bandar Baru Ampang ini yang pelanggannya terdiri dari berbagai bangsa.
Antara menu mamak rojak Bandar Baru ampang.
Siapa yang sukakan rojak dan cendol mamak? Jika ada rojak mamak mesti ada cendol. Rojak dan cendol memang saling melengkapi. Jika disebut rojak dan cendol, pelbagai bangsa dan kaum mengemari makanan ini. Makanan seperti rojak ini ada pelbagai jenis tetapi rojak mamak juga yang digemari orang ramai.
Mamak rojak Bandar Baru Ampang.
Gerai rojak ini tidak terletak tepi jalan besar. Gerai ini teletak di tepi jalan kecil bersebelahan dengan padang bola Bandar Baru Ampang. Disebabkan itu penulis boleh layan makan rojak ini kerana tidak terdedah dengan habuk dari kenderaan. Paling seronok sekali apabila menikmati rojak di tepi jalan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa dari kenderaan lalu-lalang..hehe.
Sedang menanti pesanan ABC.
Kebanyakan rojak di restoran mamak, tidak berapa mabeles kerana terlalu banyak dengan kueh kelapa atau tahu daripada cucur udang, berbeza dengan rojak di gerai mamak ini, cucur udangnya memang ranggup. Selain rojak dan cendol, gerai ini ada menyediakan makanan lain seperti mee rebus dan mee goreng serta ABC.
Rojak mamak Bandar Baru Ampang.
Mamak ini sudah lama berniaga di sini. Cuma ini kali pertama penulis singgah ke gerai ini. Rojaknya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Rojak ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti cucur udang, tauhu, taugeh, telur rebus, sengkuang dan timun. Tetapi, bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.
Rojak mamak ini diminati pelbagai bangsa.
Kepada anda yang belum mencuba, jom lah singgah ke Bandar Baru Ampang. Dilain hari, penulis bercadang hendak makan rojak dan cendol di sini lagi. Tidak puas rasanya makan makan rojak itu hari. Harga untuk rojak cuma RM 4 sahaja.

1 ulasan:

Unknown berkata...

huhuhuhu....
terbaek !
;-)

terima kasih sedara, moga dengan jasa beaiK penulis dapat ramai orang mengenali gerai Mamak corner kami ;-)

ceria selalu