Semalam penulis singgah di sebuah kedai buku. Sedang penulis asyik membelek belek beberapa buah buku, penulis ternampak sebuah buku teks sekolah yang berjudul B. Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Buku teks ini merupakan buku teks yang ke 12 yang penulis design. Walaupun ia merupakan sebuah buku kesihatan, tetapi semasa penulis design buku ini, kesihatan penulis terganggu. Alhamdulillah, akhirnya buku berjaya disiapkan juga,
B. Teks Kesihatan Tahun 04. |
Pada awal tahun lalu, penulis ditugaskan mereka bentuk B. Teks yang berjudul Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Pada mulanya penulis agak gementar juga menerima tugas yang mencabar ini. Ini adalah kerana buku ini merupakan sebuah buku baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Sebelum ini B. Teks Kesihatan bergabung dengan B. Teks Pendidikan Jasmani.
Ilustrator sedang melakar ilustrasi. |
Sangkaan penulis, apabila mereka bentuk buku yang baharu di terbitkan ini sudah tentulah banyak masalah dan karenahnya. Maklumlah, penulis belum dapat gambaran yang jelas konsep dan reka letak grafik yang dikehendaki. Jangkaan penulis ternyata meleset sama sekali. Rupa-rupanya mereka bentuk Buku Pendidikan Kesihatan ini agak mudah. Pengurus projek dan Pengawai Teknikal BBT mahukan konsep, grafik dan warna yang simple sahaja.
Suasana Bengkel. |
Kali ini penulis ditugaskan bersama ilustrator baharu yang kurang pengalaman tetapi cukup berbakat iaitu puan Fazlina Khairul Wafa sementara editornya yang cukup berpengalaman iaitu puan Nor Azita Umar dari Bahagian B. Teks, DBP. Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan kesihatan iaitu puan. Dolorine dan Puan Low Shiek Li yang merupakan guru pendidikan kesihatan yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah.
Suasana Bengkel. |
Sepanjang penulis design B. Teks Pendidikan Kesihatan ini, tiada masalah besar yang berlaku dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini adalah kerana ada kesefahaman antara ilustrator, editor, penulis, pengurus projek, pegawai teknikal dan ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu. Kami bersatu dan telah mencapai kata sepakat demi kebaikan b. teks ini.
Perbincangan penulis dan ilustrator. |
Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain
Suasana Bengkel. |
Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks Pendidikan Kesihatan ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku teks ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian.
Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini.
Jumpa lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan