Pagi tadi penulis perhatikan anak sedang memilih buku teks untuk di bawa ke sekolah. Sedang dia memilih buku yang hendak dibawa ke sekolah, penulis ternampak sebuah buku teks. Buku tersebut ialah Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Apabila penulis terpandangkan sahaja buku tersebut, mengingatkan kembali memori yang mengerikan pada 12 tahun yang lalu.
Ketika itu penulis ditugaskan pembantu kepada en. Zainal mereka bentuk buku teks Bahasa Melayu pada tahun 2003. Oleh kerana pada masa itu syarikat kekurangan designer, en. Zainal ditugaskan pula mereka bentuk buku teks Bahasa Arab. Disebabkan itu penulis dipertanggungjawabkan sepenuhnya mereka bentuk buku teks tersebut.
Sebenarnya penulis tidak percaya kenapa diberi tanggungjawab mereka bentuk buku teks tersebut. Lagipun penulis tiada pengalaman dalam bidang ini terutama sebagai designer buku teks. Sebelum ini penulis hanya seorang ilustrator yang melukis ilustrasi dan gambarajah sahaja. Oleh kerana sudah diarahkan, penulis terpaksa melaksanakan tanggungjawab yang amat berat itu.
Pada peringkat awal penulis agak kekok membuat kerja-kerja design ini kerana tiada pengalaman dan tidak mahir menggunakan kumputer terutama untuk perisian Pagemaker, Ilustrator dan Photoshop. Oleh itu penulis terpaksa merujuk daripada buku-buku dan bertanya pada rakan-rakan yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah rakan-rakan tidak kedekut ilmu dan sedia membantu.
Pada peringkat awal, proses kerja ini berjalan dengan lancar, tetapi hanya seketika sahaja. Walaupun penulis berjaya menyiapkan reka letak buku tersebut tetapi masih banyak kekurangan gambar fotonya. Ketika itu syarikat masih lagi tiada juru foto dan penulis dan editor pula tidak menyediakan foto-foto yang diperlukan. Oleh kerana tiada foto, penulis biarkan sahaja kosong pada kotak-kotak foto tersebut. Apabila bengkel 100% hampir tiba, penulis pun hantar bahan PMS buku teks tersebut kepada editor.
Apabila editor membuat penyemakkan, didapati masih banyak gambar foto yang tiada. Ini menyebabkan editor tersebut menitiskan air mata. Suasana yang tegang ini menyebabkan penulis dan penyelia menjadi kalang-kabut. Tanpa membuang masa penulis terpaksa mencari foto-foto yang bersesuaian di beberapa buah majalah dan mengimbas (scan) foto tersebut satu-persatu. Pada masa itu kemudahan google internet belum ada lagi. Alhamdulilah dalam beberapa hari sahaja buku ini berjaya disiapkan untuk di bengkelkan.
Apabila tiba masa buku ini di bengkelkan di Hotel Primula, Kuala Terengganu, kami di kritik hebat oleh Jawatakuasa Kawalan Mutu(JKM) dan pegawai teknikal kerana design, foto dan ilustrasi yang kurang menarik. Penulis masih boleh terima hakikat bahawa design buku ini kurang menarik dan penulis berjanji akan memperbaikinya. Sejak hari itu penulis perasan editor telah menarik muka terhadap penulis dan tidak lagi mesra seperti sebelumnya.
Apabila penulis kembali semula bertugas di pejabat, penulis mendapat berita bahawa majikan telah menerima surat yang mengatakan penulis tidak layak sebagai designer buku teks ini dengan alasan penulis tiada kemahiran dan pengalaman serta hanya seorang mantan pengawal keselamatan sahaja. Mereka beranggapan tugas ini hanya layak untuk mereka yang ada kelulusan universiti sahaja.
Penulis amat kecewa mendengar berita itu dan terus menemui pengurus kanan memohon menarik diri dari terus mereka bentuk buku tersebut. Oleh kerana ketika itu syarikat kekurangan designer, penulis diminta meneruskan juga tugas terebut. Mahu tidak mahu dengan berat hatinya penulis meneruskan juga tugas terebut. Alhamdulillah, akhirnya buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kini telahpun diguna pakai di semua sekolah kerajaan.
Apabila penulis mendapat tahu bahawa anak penulis menggunakan buku teks ini, penulis tersenyum sendiri apabila mengenangkan kembali memori yang sangat mengerikan itu. Kini dengan tidak disangka-sangka sudah hampir 12 buah buku teks yang telah penulis design setakat ini...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan