Sewaktu kecil kehidupan kami sekeluarga penulis begitu bersederhana. Walaupun sebagai anak pesawah, kehidupan kami sekeluarga begitu bahagia dan bergembira kerana tidak perlu membeli beras. Sarapan pagi kami hanyalah nasi sebagai makanan ruji atau ubi kayu, keledek dan keladi yang dicabut di hadapan rumah (sebagai stok karbohidrat).
|
Rumah Pusaka. |
|
Ubi Tebus. |
Kami memetik pisang di pinggir ban/kong (taliair). Sayur-sayuran tinggal dipetik untuk ulam-ulaman seperti kangkung, “genjer, sesupan” & pucuk ubi. Mencari Ikan sama ada memancing, “mehancau” atau menahan “tempirai” untuk hidangan makan tengahari dan malam....
|
Mencari ikan. |
|
Ikan Sepat Goreng. |
Alhamdulillah stok ikan seperti sepat kering & wadi memang sedia ada. Telur itik & ayam ada di reban sedia untuk di kutip. Jika tiada duit, ayah menangkap ayam direban dan menjualkanya kepada peraih (menjelang Tahun Baru Cina harga ayam kampung melambung).
|
Ikan Wadik Goreng. |
|
Mangga muda. |
|
Musim menuai. |
Buah pelam muda dikait untuk dijual sebagai belanja sementara musim menanam padi. Pada musim menuai padi barulah kami terasa mewah sedikit. Pada masa itu sekolah akan mengutip yuran dan mengadakan sukan tahunan. Untuk memasak kami mengutip kayu getah atau ranting kayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan