Selepas membeli belah di Pasaraya Mydin, perut penulis terasa lapar. Penulis terus ke medan selera yang terletak bersebelahan dengan Pasaraya Mydin. Penulis dapati ada gerai di dalam medan selera tersebut yang menjual nasi campur dan ikan bakar. Apa lagi, penulis pun terjah ke gerai tersebut.
Medan Selera Jalan Masjid Isdia. |
Bagi mereka yang selalu berkunjung ke Jalan Masjid India, pasti sudah mengatahui di mana terletaknya medan selera ini. Medan selera ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan makan tengahari. Untuk mengelakkan kesesakan, anda digalakkan datang makan sebelum atau selepas waktu puncak iaitu waktu makan tengahari.
Ikan Bakar di Medan Selera Jalan Masjid Isdia. |
Penulis dapati, gerai ini kelihatan sempoi sahaja maklumlah ianya hanya sebuah Medan Selera DBKL. Tetapi, makanan seperti ikan bakarnya memang sedap, cuma yang tiada cuma ayam, udang dan sotong sahaja. Tetapi menu ikan bakar seperti ikan kembung, ikan pari dan ikan keli ada di bakar di sini. Ikannya dibakar dengan sempurna.
Gerai ikan bakar. |
Ikan bakar di sini boleh tahan sedapnya terutama ketika anda benar-benar dalam keadaan lapar. Tetapi, secara peribadi, penulis berpendapat, ikan bakar di sini tidak sesedap ikan bakar di Jalan Bellamy dan di Jalan Tanglin. Tetapi, oleh kerana hanya ada satu gerai sahaja yang menyediakan menu ikan bakar, maka gerai ini menjadi tumpuan orang ramai.
Orang ramai sedang menjamu selera, |
Selain ikan bakar, gerai gerai di medan selera ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan dengan pelbagai jenis lauk pauk dan kuih-muih yang menyelerakan. Lauk-pauk yang mereka sediakan seperti :
- Ayam Goreng
- Ikan Goreng
- Ketam Goreng
- Ayam Masak Kicap
- Ikan Keli Sambal
- Asam Pedas
- Kari Kepala Ikan
- Kari kawah Sayur-sayuran
- Ulam-ulaman dan sebagainya.
Minuman yang mengiurkan. |
Pada keseluruhannya penulis sangat berpuas hati makan ikan bakar di sini. Sambal cicah ikan bakar disini memang boleh tahan sedapnya dan boleh menaikkan selera makan para pelanggan. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini memang tmenyelerakan penulis
Jalan Masjid India yang sentiasa sesak dengan kenderaan dan orang ramai. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan