Hari ini merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan penulis dan isteri yang ke-19, Alhamdulillah segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan kasih sayang dan rahmat ini.
Kenangan 19 tahun lalu.... |
Doa isteriiku di pagi ini, Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.
Alhamdulillah... Subhanallah.... Syukur pada Mu.... Ya ALLAH.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti...
Ya ALLAH... kami mohon pada Mu... berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna...
Ya ALLAH, berilah kami kebahagiaan kami di dunia dan kebahagiaan kami di akhirat.
Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga ini dari fitnah dunia dan bala bencana...
Sepanjang 19 tahun melayari perkahwinan seribu satu perkara pahit manis, suka dan duka dalam hidup alam rumahtangga dihadapi. Sebenarnya perkahwinan ini merupakan suatu yang saling lengkap melengkapi. Kekurangan si suami disempurnakan oleh kelebihan si isteri. Kelemahan si isteri dilengkapi oleh kekuatan si suami. Saling memberi dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dan menerima pasangan seadanya tanpa mempertikaikan jodoh yang ditentukan. Jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT sebenarnya tersembunyi suatu hikmah yang hanya Dia yang maha mengetahui. Tugas kita menerima jodoh tersebut dan terus membajainya dengan kasih sayang berteraskan iman dan taqwa kepada Allah, Insya Allah kasih sayang tersebut diberkati dan terus mendapat limpahan rahmat dari Allah.
Aminnnn...
Penulis sering teringat dengan kata-kata seorang guru, terimalah pasangan kita seadanya dan terimalah dia dalam keadaannya yang tidak sempurna kerana diri kita juga tidak sesempurna mana. Apabila kita merasa diri kita tidak sempurna tugas kita untuk mencari kesalahan pasangan juga berkurangan, tetapi apabila ‘merasa’ diri sempurna dan hebat maka timbullah segala perasaan dan persoalan yang mempertikaikan tentang pasangan sendiri. Nah...di sinilah bermulanya titik perbezaan dan konflik dalam alam rumah tangga.
Perkahwinan ini merupakan Rahmat dari Allah yang kutemui di dalamnya mawaddah warahmah dan sakinah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan